fbpx
Now Reading
Ramai Terhibur Lepas Lihat Penunggang Motosikal Dikejar Anak Lembu [Video]
penunggang motosikal kena kejar anak lembu

Ramai Terhibur Lepas Lihat Penunggang Motosikal Dikejar Anak Lembu [Video]

Seorang individu turut tampil memaklumkan bahawa dia adalah individu yang dikejar oleh lembu berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@asrafidris/video/7186177396578454811

Jika bertanya tentang fobia atau trauma terhadap haiwan pasti setiap di antara kita mempunyai kisah yang tersendiri.

Ada yang takutkan kucing kerana pernah dicakar, ada yang trauma dengan serangga, dan terdapat juga yang fobia dengan anjing kerana pernah melalui situasi dikejar haiwan berkenaan.

Penunggang motosikal dikejar seekor anak lembu

Namun sedikit berbeza dengan seorang penunggang motosikal ini apabila dia bukan dikejar anjing tetapi seekor anak lembu sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh Asraf Idris di TikTok miliknya, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang berjalan dengan perlahan sambil mengelak dari sekawan lembu yang sedang melintas di jalan tersebut.

Namun sebaik sahaja penunggang itu berjaya mengelak dari kawanan haiwan, seekor anak lembu yang sedang berjalan bersama ibunya lantas berlari laju dan mengejar penunggang motosikal tersebut.kena

Pecut dengan laju tinggalkan anak lembu

Mungkin takut dengan anak lembu itu dia kemudian memecut dengan laju meninggalkan haiwan berkenaan.

Ibu kepada lembu berkenaan kemudiannya turut dilihat mengejar anaknya agar tidak terlelap lalu meninggalkan kumpulan mereka.

Di dalam komen, individu dipercayai penunggang itu turut memberi respon dengan menyatakan dialah yang dikejar oleh anak lembut berkenaan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi penunggang tersebut dan juga yang bergurau pasti anak lembu itu akan dimarahi oleh ibunya.

‘Dengar owner yang bawa moto trauma dengan anak lembu tu’

‘Lembu ni rosak kot’

‘Mesti anak nombor dua tu, garang bukan main’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.