“Gearbox Problem Kot” – Tular Kancil Jalan ‘Gostan’ Di Atas Jalan Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Kemajuan teknologi dan kemudahan media sosial yang ada pada masa kini menyebabkan orang ramai semakin senang untuk berhubung serta berkongsi momen-momen yang dirakam oleh mereka buat tatapan orang ramai.

Oleh kerana itu, pelbagai video atau gambar yang menarik serta aksi-aksi pelik dan unik yang berlaku di luar sana dapat dilihat oleh pelbagai lapisan masyarakat menerusi media sosial yang ada.

Kereta berjalan secara mengundur di atas jalan raya

Seperti baru-baru ini, tular satu rakaman di media sosial yang memperlihatkan sebuah kereta sedang berjalan dalam keadaan berundur di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Facebook We Are Malaysians, insiden Perodua Kancil berwarna putih yanng bergerak secara ‘gostan’ itu di Jalan Kamaruddin-Jalan Sultan Omar dekat SM (A) Khairiah, Kuala Terengganu.

Belok ke kanan dan berhenti di hadapan kenderaan dari arah bertentangan

Pada video sama, kelihatan kereta itu membelok ke simpang kanan sebelum ia berhenti di hadapan barisan kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat di laluan bertentangan.

Tidak lama selepas itu pemandu kancil terbabit kembali memusingkan kenderaannya dan masuk semula ke jalan utama dalam keadaan masih berundur.

Raih pelbagai reaksi, kemungkinan masalah ‘gearbox’

Aksi aneh yang dilakukan oleh pemandu kancil terbabit ternyata mendapat pelbagai reaksi oleh pengguna media sosial.

Tidak hanya itu, mereka juga mengatakan berkemungkinan besar kereta terbabit mempunyai masalah gearbox dan tidak boleh bergerak ke depan.

Tindakan berbahaya boleh menyebabkan kemalangan, sepatutnya hubungi ‘tow truck’

Bagaimanapun, tindakan pemandu terbabit dikecam segelintir individu kerana membahayakan dan mampu menyebabkan kemalangan.

Pemandu itu juga sepatutnya menghubungi trak tunda (tow truck) untuk membawa keretanya ke bengkel membaiki kenderaan.

Setakat artikel ini ditulis, kami tidak menerima sebarang maklumat tambahan mengenai kejadian tersebut, semoga urusan pemandu terbabit dimudahkan.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago