fbpx
Now Reading
Isu Penghantar Makanan Ganggu Wanita, ShopeeFood Ambil Tindakan Tatatertib

Isu Penghantar Makanan Ganggu Wanita, ShopeeFood Ambil Tindakan Tatatertib

Menurut jurucakap ShopeeFood, perbuatan rakan penghantar makanan itu tidak boleh diterima dan bertentangan dengan polisi dan nilai syarikat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2023/01/10/ini-perempuan-kalau-dekat-thailand-mesti-sedap-ayat-rider-makanan-cetus-kemarahan-netizen/

Sejak semalam tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook yang mendakwa teman wanitanya telah diganggu oleh seorang penghantar makan ShopeeFood.

Menurut YiPin Cheah, penghantar makanan itu telah melabel teman wanitanya dengan kata-kata lucah di mana dia menyebut, “Ini perempuan kalau dekat Thailand mesti sedap”.

Meskipun insiden semasa kejadian tidak berjaya dirakam, Cheah berjaya merekodkan pengakuan lelaki berkenaan dalam bentuk video selepas dia bersemuka dengannya di sebuah kedai makan.

Perkongsian video tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang mahukan penghantar makanan itu dikenakan tindakan.

Baca artikel berkaitan: “Ini Perempuan Kalau Dekat Thailand Mesti Sedap” – Ayat Rider Makanan Cetus Kemarahan Netizen [Video]

Terbaharu ShopeeFood memaklumkan telah mengambil tindakan tatatertib dengan menggantung dan meminta individu terbabit untuk melakukan latihan semula mandatori bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Menurut jurucakap ShopeeFood, perbuatan rakan penghantar makanan itu tidak boleh diterima dan bertentangan dengan polisi dan nilai syarikat.

Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian itu turut memaklumkan sedang berhubung dengan pengguna Facebook tersebut bersama pasangannnya.

“Kami amat kesal dengan tingkah laku rakan pemandu itu.

“Pihak Shopee Food juga sedang berhubung dengan pasangan terbabit dan memohon maaf atas insiden yang menyulitkan mereka,” kata jurucakap ShopeeFood dalam satu kenyataan kepada BuzzKini.

Shopee dalam masa sama turut mengingatkan semua rakan penghantar tentang kod kelakuan dan akibat serius yang mungkin berlaku jika mereka gagal mematuhi piawaian perkhidmatan yang diharapkan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.