Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Mempunyai anak yang sedang membesar terutamanya dalam lingkungan usia satu ke enam tahun merupakan satu fasa yang mencabar buat ibu bapa.
Mana tidaknya, ketika fasa inilah mereka sedang lasak dan sibuk meneroka dunia mereka.
Adakalanya mahu menangkap gambar seisi keluarga juga sukar kerana mereka sibuk mahu bermain, sehingga terpaksa meminta sesiapa untuk mengalihkan perhatian dengan membuat aksi atau mainan.
Ibu guna kucing untuk tangkap gambar pasport anak
Perkara ini samalah seperti video yang tular di TikTok ini apabila si ibu terpaksa menggunakan kucing untuk menangkap gambar anaknya.
Menerusi video dikongsikan oleh Tatyddas kelihatan seorang wanita sedang dalam proses menangkap gambar potret anaknya dipercayai untuk membuat pasport di sebuah kaunter perkhidmatan Jabatan Imigresen.
Kemudian kelihatan si ibu memegang seekor kucing berwarna hitam ke arah kamera sambil merangkul anaknya agar dia melihat tepat ke arah lensa.
Bapa turut tunjuk video untuk tarik perhatian anak
Malah turut kelihatan seorang lelaki yang mungkin bapa kepada kanak-kanak berkenaan turut menunjukkan video pada telefonnya sebagai usaha untuk menarik perhatian si kecil itu agar pegawai dapat merakamkan fotonya dengan sempurna.
Namun apa yang menarik perhatian kami, kucing berkenaan seperti patung apabila hanya berdiam diri dan tidak melawan walau sedikit pun apabila dia dijadikan bahan perhatian.
“Kucing tu lalu je… terus kena ambil,” katanya dalam kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, situasi tersebut turut membuatkan ramai berasa geli hati dan menyatakan si bulus itu adalah salah seorang kakitangan kerajaan.