fbpx
Now Reading
“Setiap Tahun Terlepas” – Bapa Sebak Anak Buat Kejutan Terbang Dari London Demi Sambut Hari Jadi [Video]
Wanita buat kejutan pada bapa

“Setiap Tahun Terlepas” – Bapa Sebak Anak Buat Kejutan Terbang Dari London Demi Sambut Hari Jadi [Video]

Kejutan yang dilakukan oleh si anak dengan pulang ke Malaysia dari London demi menyambut hari jadi bapanya membuatkan ramai netizen turut mengalirkan air mata.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kata orang figura seorang ibu dan bapa merupakan cinta pertama buat seorang anak memandangkan mereka adalah insan yang telah menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Oleh itu, sebagai seorang anak sudah tentu kita mahu menunjukkan rasa cinta terhadap kedua ibu bapa dengan melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan di hati mereka.

Bapa menangis anak buat kejutan pulang dari London

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Qistina yang memaparkan dirinya ketika membuat kejutan hari jadi buat bapa tersayang sehingga membuatkan lelaki itu mengalirkan air mata.

Menerusi video tersebut Qistina menyatakan dia kini belajar jauh di London dan setiap tahun tidak dapat bersama bapa tersayang untuk menyambut hari kelahiran cinta pertamanya itu.

Nekad nak balik untuk sambut hari jadi

Namun pada tahun ini dia nekad untuk membuat kejutan dengan pulang secara senyap-senyap sempena menyambut hari kelahiran bapanya itu.

“Tahun ni nekad nak balik senyap-senyap buat surprise merentas negara 13 jam buat papa tersayang,” tulisnya.

Dalam video berkenaan jelas menunjukkan wajah terkejut bapanya ketika melihat Qistina tiba-tiba hadir dibelakangnya.

Dua beranak berpelukan sambil menangis

Mereka kemudian berpelukan dan kelihatan si bapa mengalirkan air mata mungkin kerana terharu dan rindu akan anak perempuannya itu.

“Tiada apa yang lebih berharga dari dapat melihat air mata dan senyuman kegembiraan di wajahmu.

“Maaf sebelum ni kakak tak dapat balik. Terima kasih kerana telah menjadi papa yang sempurna untuk kakak dan adik-adik,” katanya lagi.

Kejutan itu bukan hanya membuatkan bapa sahaja menangis tapi turut kelihatan si ibu turut berasa sebak dengan situasi berkenaan.

@qistinaadlinn

7/1 Selamat hari lahir untuk cinta pertamaku

♬ Lagu Cinta – Asmara

Perkongsian video tersebut ternyata turut menyentuh hati orang ramai yang turut mengalirkan air mata apabila ada yang teringatkan ibu bapa mereka.

‘Alamak.. ternangis sama.. rindukan arwah ayah’

‘Cinta pertama anak perempuan…’

‘Kenapa saya nangis ni’

‘Bestnya masih ada mak ayah, haish siapa potong bawang pagi-pagi’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.