fbpx
Now Reading
Anak Diuji Hidap Tumor Otak, Ayah Sanggup ‘Berkhemah’ Dalam Kereta
bapa sanggup bermalam diparkir demi anak

Anak Diuji Hidap Tumor Otak, Ayah Sanggup ‘Berkhemah’ Dalam Kereta

Ujar Adi, keputusan untuk bermalam di parkir berkenaan diambil kerana dia mahu menemani anak dan isterinya selain mempunyai sebab lain seperti kekangan kewangan dan kesukaran mendapat parkir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila sudah bergelar bapa, apa sahaja pengorbanan sanggup dilakukan oleh mereka asalkan perkara itu dapat membahagiakan keluarganya.

Apatah lagi sekiranya sesuatu perkara itu melibatkan tentang kesihatan anak, pasti hati yang risau tidak tenang untuk meninggalkan melalui kesakitan keseorangan.

Samalah seperti seorang lelaki, Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, yang sanggup bermalam di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Perak, demi menemani anak bongsunya yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro anak bongsunya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, kini sedang menerima rawatan di hospital tersebut selepas melakukan pembedahan untuk pengambilan sampel sel dan memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu (7 Januari) lalu.

Anaknya itu dimasukkan ke hospital berkenaan sebaik sahaja mereka dimaklumkan dia menghidap tumor otak pada hari sebelumnya.

Apa yang menarik perhatian, tular satu video di media sosial memaparkan kenderaan Adi jenis Proton Satria yang dipasang khemah dan disambungkan dengan bahagian belakang keretanya yang diletakkan di ruang parkir hospital berkenaan.

Anak dalam keadaan stabil tapi masih perlu dipantau

Adi yang juga bapa kepada tiga orang anak memaklumkan anak bongsunya itu kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan diljalankan.

Namun Muhammad Afeef masih perlu menerima rawatan selain dipantau di Wad Pediatrik HRPB yang turut ditemani isterinya, Aminah Othman.

Ujar Adi, keputusan untuk bermalam di parkir berkenaan diambil kerana dia mahu menemani anak dan isterinya selain mempunyai sebab lain seperti kekangan kewangan dan kesukaran mendapat tempat letak kereta di sana.

“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.

“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” ujar Adi kepada NSTP semasa dihubungi.

Ambil cuti seminggu nak jaga anak bersama isteri

Dia yang bekerja sebagai operator kilang di Bidor, Perak dan menetap di Trolak turut menyatakan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga 14 Januari kerana mahu bersama Aminah untuk memantau keadaan anak bongsu mereka.

Jelasnya, dua lagi anak mereka yang berusia 15 dan 12 tahun kini dijaga oleh saudara terdekat untuk sementara.

“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.

“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).

“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengakalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” ujarnya.

Jalani CT Scan sebelum tahu hidap tumor otak

Menurut Adi, anak bongsunya itu awalnya disahkan mempunyai masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hopital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat (6 Januari) dan keputusan diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan dimasukkan tiub.

“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaanya stabil, makin baik dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.

“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumor dihadapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” jelasnya lagi.

Bagi orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013 792 2812.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.