fbpx
Now Reading
Syarikat Di India Kenakan Denda RM5,247 Jika Ganggu Pekerja Yang Sedang Bercuti
bayar denda jika ganggu kerja

Syarikat Di India Kenakan Denda RM5,247 Jika Ganggu Pekerja Yang Sedang Bercuti

Jelas pengasas itu, pekerja turut akan dikeluarkan dari sistem syarikat dan tidak boleh dihubungi sekiranya enggan membayar denda sebanyak RM5,246.64.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan bekerja merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap orang untuk meneruskan kehidupan.

Rutin bekerja setiap hari adakalanya sangat memenatkan dan ada masa sebagai pekerja sudah tentu ada yang mengambil keputusan untuk memohon cuti agar dapat merehatkan diri dari tekanan kerja.

Namun apabila sudah bercuti ada segelintir majikan atau rakan sekerja seperti tidak memahami dan kerap menganggu individu tersebut sehingga mereka terpaksa melakukan kerja walaupun dalam tempoh berehat.

Syarikat di India kenakan denda jika ganggu pekerja sedang bercuti

Berbeza dengan sebuah syarikat di New Delhi, India ini apabila memperkenalkan dasar untuk mendenda individu yang mengganggu hari cuti pekerja yang lain.

Syarikat Dream11 iaitu sebuah platform sukan fantasi telah memperkenalkan dasar ‘Dream11 Unplug’ kepada setiap pekerjanya bertujuan untuk membantu mereka berehat, bertenang pada hari cuti mereka.

Tak benarkan pekerja bercuti terlibat dalam urusan kerja

Memetik laporan NDTV, dasar ini tidak membenarkan seseorang yang sedang bercuti untuk terlibat dengan urusan kerja seperti berbual dengan kumpulan mahupun e-mel.

“Sekali setahun, selama seminggu pekerja akan dikeluarkan dari sistem (syarikat) selain tidak mempunyai Slack (aplikasi), e-mel dan panggilan,” kata Harsh Jain dan Bhavit iaitu dua pengasas syarikat Dream11 kepada CNBC.

Bercakap tentang denda yang besar, kata Jain “Sesiapa yang menghubungi pekerja lain semasa ‘unplug’ perlu membayar denda lebih kurang AS$1,200 (RM5,246.64).”

Kata mereka, dasar yang ditetapkan syarikat itu setakat ini sudah berjaya.

Keluarkan pekerja dari setiap platform komunikasi

Menerusi satu lagi kenyataan, yang dikeluarkan pada Februari tahun lalu di LinkedIn syarikat itu menyatakan “Di Dream11, kami sebenarnya menyekat semua pekerja yang sedang bercuti dari setiap platform komunikasi sama ada di Slack, e-mel dan juga WhatsApp kumpulan.

“Kami melakukan perkara tersebut agar tiada sesiapa dari ekosistem kerja Dreamster boleh menghubungi pekerja ketika mereka sedang berehat.”

Tertanya-tanya bagaimanakah seorang yang bekerja di Dream11 boleh memilih atau memanfaatkan dasar tersebut?

“Untuk memanfaatkan ‘unplugged’, Dreamsters perlu menghabiskan sekurang-kurangnya satu tahun dalam organisasi atau bekerja pada satu IPL (Initial Program Load),” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.