fbpx
Now Reading
Gadis Tular Dikecam ‘Beg Jenama Mewah’ Diundang Makan Tengah Hari Bersama Pengasas Charles & Keith [Video]
luxury bag Charles & Keith

Gadis Tular Dikecam ‘Beg Jenama Mewah’ Diundang Makan Tengah Hari Bersama Pengasas Charles & Keith [Video]

Cara gadis tersebut mengendalikan kecaman yang diterima turut memaparkan kematangannya yang jauh daripada usia sebenar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang mempunyai definisi tersendiri apabila mengelarkan sesuatu barangan sebagai mewah, ini kerana tidak semua mempunyai kemampuan yang sama.

Ada yang berpendapat mungkin dapat membeli barangan yang berharga RM100 dan ke atas merupakan sesuatu yang mewah buat mereka kerana ia adalah satu belian yang mahal bagi segelintir individu.

Dikecam lepas label jenama Charles & Keith jenama mewah

Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang gadis berusia 17 tahun di Singapura apabila dia dikecam kerana memanggil Charles & Keith sebagai jenama mewah.

Gadis itu kemudian turut menjadi perhatian jenama berkenaan apabila dia diundang untuk berjumpa dengan pengasas kepada syarikat kasut, beg dan aksesori tersebut.

Memetik laporan Mothership, remaja yang dikenali di TikTok sebagai Zohtaco itu telah dikecam oleh orang ramai selepas memuat naik video memaparkan beg tangan yang diterima dari bapanya dan melabelnya sebagai barangan mewah.

Terdapat banyak reaksi dari orang ramai yang membalas secara negatif yang menyatakan jenama berkenaan bukanlah jenama mewah.

Zoe kemudian tampil dalam satu lagi video yang dimuat naik dengan menjelaskan keadaan kewangan, latar belakangnya selain turut menyatakan dia bukan datang dari golongan yang istimewa.

Oleh itu, beg tersebut boleh dikira sebagai satu barangan mewah baginya dan keluarga.

Video itu bagaimanapun, telah mendapat perhatian dan pujian apabila ia disokong bukan hanya di Singapura tetapi turut melibatkan luar negara kerana mempamerkan kematangannya dalam mengendali isu tersebut.

Makan tengah hari bersama Charles & Kieth

Menurut jurucakap dari Charles & Keith, Zoe dan bapanya telah dijemput oleh syarikat tersebut untuk makan tengah hari selain berpeluang berjumpa pengasas jenama itu dan melawat ibu pejabat, lapor Marketing Interactive.

“Hati kami benar-benar tersentuh kepada Zoe apabila kami melihat video dan komen – tiada tempat bagi mereka yang membuli… tetapi kami sangat kagum dengan budi dan kerendahan hati dalam cara dia menangani situasi itu, mempamerkan kebijakasanaan jauh melebihi usianya dan nilai yang bagus dengan kami,” jelas jurucakap itu.

Remaja kongsi pengalaman hidup

Zoe dalam masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman hidup dengan menyatakan keluarganya sudah tinggal di Singapura selama 13 tahun.

Bermula dengan bapa yang berpindah pada tahun 2009 sebelum diikuti oleh dia dan adik-beradik lain pada tahun seterusnya.

“Kami berasa sangat bertuah kerana dapat tinggal di negara kota yang begitu indah dan menyukai setiap satunya, terutama makanannya!” ujar Zoe.

Terkejut video dapat perhatian ramai

Jelas gadis tersebut, dia berasa terkejut selepas video yang dimuat naik tular dan tidak menyangka akan mendapat perhatian sebanyak itu dari orang ramai.

“Kini saya rasa bertuah kerana ia berlaku, kerana pengajaran itu telah mengajar saya,” kongsinya.

Kata Zoe, pengalaman itu juga mengajarnya bahawa dia tidak bersendirian.

“Saya telah belajar banyak daripada orang di bahagian komen saya.. saya belajar bahawa walaupun kita mungkin mempunyai pengalaman hidup yang berbeza, akan sentiasa ada seseorang di luar sana yang akan memahami.

“Anda tidak keseorangan. Daripada setiap orang yang meninggalkan kata-kata semangat (dan para pembenci), saya telah diingatkan tentang kekuatan pada suatu kata-kata. Saya sentiasa bersyukur untuk mereka semua.”

@zohtaco

Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.

♬ original sound – zoe 🦋 – zoe 🦋

Undang perhatian jenama lain

Video gadis berkenaan bukan hanya mengundang perhatian Charles & Keith apabila dia dan keluarga turut diundang ke kedai rangkaian ramen tempatan, Takagi Ramen di Singapura.

Malah restoran itu turut menawarkan S$80 (RM263) kepadanya dan dia menerima tawaran tersebut dengan membawa bapa serta abang ke kedai makan berkenaan.

@zohtaco

thank you takagi ramen for the treat! eternally grateful <33 AND HAPPY 14K FOLLOWERS :0!! WOAAAH

♬ Paris – Taylor Swift
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.