fbpx
Now Reading
Abang Bomba Pujuk Anjing Merajuk Buat Ramai Terhibur, Siap Ada Yang ‘Jealous’ [Video]

Abang Bomba Pujuk Anjing Merajuk Buat Ramai Terhibur, Siap Ada Yang ‘Jealous’ [Video]

Keberadaan anjing itu di bahagian luar balkoni menyebabkan bantuan pihak bomba terpaksa digunakan dalam usaha membawa haiwan terbabit ke tempat yang lebih selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular mengenai khidmat beberapa ekor anjing pengesan Unit K9 Bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi mencari mangsa tragedi tanah runtuh Father’s organic farm, Batang Kali.

Kesemua Unit K9 itu digunakan untuk mengesan saki baki mangsa yang belum ditemui dan masih berada di sebalik timbunan tanah.

Keberanian dan kehebatan kesemua anjing itu menyebabkan orang ramai memberikan pujian kepada haiwan-haiwan tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tabik Hormat Buat Leo & Reed!”- PDRM Ucap Terima Kasih Pada Dua Anjing Dari Unit K9

Bomba pujuk anjing merajuk

Terkini, tular pula di media sosial satu video yang menunjukan seekor anjing seakan-akan sedang merajuk sehingga terpaksa dipujuk oleh anggota Bomba.

Menerusi satu hantaran video di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, terlihat seekor anjing yang berada di bahagian luar balkoni sebuah bangunan.

Khidmat bomba digunakan dalam usaha bawa anjing tersebut ke tempat selamat

Keberadaan anjing itu di bahagian luar balkoni menyebabkan bantuan pihak bomba terpaksa digunakan dalam usaha membawa haiwan terbabit ke tempat yang lebih selamat.

“Bukan senang nak pujuk ni. Abang bomba juga la kena bagi ayat manis,” tulisnya di kapsyen.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan salah seorang anggota bomba sedang menghulurkan sesuatu kepada anjing terbabit sebagai usaha untuk memujuk dan menenangkannya.

Anggota bomba yang lain turut sabar menunggu anjing tersebut dipujuk

Pada masa sama, kelihatan juga beberapa anggota bomba yang lain turut sabar menunggu anjing tersebut dipujuk sambil memegang tali keselamatan yang diikat pada salah seorang anggota bomba yang memujuk haiwan itu.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah comel anjing tersebut yang merajuk selain berseloroh mereka cemburu melihat anjing tersebut dipujuk oleh abang bomba.

Tidak hanya itu, kehebatan para anggota bomba yang yang boleh melakukan apa sahaja juga mendapat pujian orang ramai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.