fbpx
Now Reading
“Susah betul nak jaga dia ni” – Gelagat Abang Stress Sampai Menangis Kerana Jaga Adik Buat Ramai Terhibur [Video]
abang stress jaga adik

“Susah betul nak jaga dia ni” – Gelagat Abang Stress Sampai Menangis Kerana Jaga Adik Buat Ramai Terhibur [Video]

Gelagat si abang yang stress hingga menangis di sebabkan adik tidak mahu pulang ke rumah awal dan masih ingin bermain buatkan ramai terhibur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak mana yang tidak seronok apabila diberi peluang untuk keluar bermain pada waktu petang.

Mana tidaknya waktu beginilah mereka berkesempatan untuk berjumpa rakan ‘setaman’ dan main bersama-sama.

Namun sebagai ibu bapa sudah tentu kita akan mengingatkan mereka agar pulang awal seperti sebelum tibanya waktu maghrib.

Gelagat dua beradik keluar bermain undang ketawa ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Ahmad Shukri Kamarudin yang memaparkan gelagat dua orang anaknya hingga mengundang ketawa ramai.

Menerusi video tersebut kelihatan dua beradik iaitu seorang abang bersama adik perempuannya dipercayai baru pulang ke rumah selepas bermain di luar.

Ayah mereka kemudian bertanya mengapakah mereka pulang lewat kerana jam hampir menunjukkan jam 7 petang bahkan si bapa telah berpesan untuk pulang awal sekiranya mereka bermain di luar.

Abang menangis stress adik tak nak pulang kerana mahu bermain

Si abang kemudian menjelaskan mereka lewat kerana si adik tidak mahu pulang dan masih ingin bermain.

“Dia ni ha Fatimah (adik). Orang (saya) nak balik lepas tu nak Fatimah balik juga tapi dia tak nak.

“Lepas tu ajak-ajak (pulang) Fatimah asyik nak main je.. Susah betul nak jaga dia ni,” kata si abang sambil menangis kerana stress (tertekan) dengan kerenah adiknya.

Apabila ditanya kepada si adik adakah benar dia tidak mahu pulang si kecil itu menjawab dia masih mahu bermain.

Bapa pujuk si abang suruh bersabar dengan kerenah adik

@shukri1902

Membalas kepada @Orked Ali995 Yang ori lebih stress 😂

♬ bunyi asal – Ahmad Shukri Kamarudin – Ahmad Shukri Kamarudin

Mungkin kasihan melihat si abang yang begitu tertekan dengan adiknya, bapa mereka kemudian memujuk dan menasihatkan kanak-kanak lelaki itu untuk bersabar dan mengajak mereka masuk ke rumah.

Perkongsian video itu bagaimanapun, telah mencuri tumpuan orang ramai yang terhibur dengan gelagat dua beradik tersebut selain turut menyatakan mereka memahami perasaan si abang.

Tidak kurang ada yang memuji dan mendoakan mereka agar menjadi anak yang baik.

‘Stess betul abangnya.. adiknya relax je..’

‘Comel je abang dia stress, kelakar’

‘Sabar dik. Akak pun terasa tekanan menjaga Fatimah ni.’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.