fbpx
Now Reading
Ngeri! Tular Batang Besi Melayang Tertusuk Cermin Hadapan Kereta Di Atas Highway [Video]

Ngeri! Tular Batang Besi Melayang Tertusuk Cermin Hadapan Kereta Di Atas Highway [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan jelas batang besi terbabit terjatuh daripada sebuah lori di hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak hujung minggu lalu, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kenderaan tertusuk batang besi yang melayang di atas lebuh raya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Cass Cheng Sook Leng, kelihatan batang besi itu terjatuh dari sebuah lari di hadapan.

Menurut pemilik kenderaan, perkongsian itu sebagai kesedaran buat para pengguna di lebuh raya.

Berdasarkan gambar yang turut dikongsikan bersama, kelihatan batang besi itu berukuran panjang kerana ia menembusi cermin hadapan kereta terbabit sehingga ke bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Batang besi melayang tembus cermin kereta berlaku di lebuhraya PLUS

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu (13 Januari) semasa dia sedang memandu di lebuh raya utara-selatan (PLUS).

Foto: Facebook/Cass Cheng Sook Leng

“Ia kelihatan seperti filem Final Destination tetapi sebenarnya tidak, saya berfikir saya akan mati dan anjing saya bersama saya,” tulisnya di kapsyen.

Pemandu bernasib baik kerana tidak memandu dengan laju

Jelasnya lagi, ketika kejadian dia bernasib baik kerana tidak memandu dalam keadaan yang laju.

Pada masa sama, dia berharap agar Menteri Pengangkutan, Antony Loke dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang isu tersebut dan mengetatkan lagi undang-undang buat kenderaan berat seperti lori.

“Saya harap Antony Loke dan JPJ lihat video ini dan dan memberi peraturan yang ketat pada trak,” tulisnya lagi.

Ramai mahu pihak berwajib mengambil tindakan terhadap insiden tersebut

Kejadian tersebut turut dikongsikan di laman Twitter @isusemasaviral, di mana rata-rata pengguna media sosial berasa ngeri melihat video itu.

Ramai yang turut berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap bagi mengelakkan kejadian sama berulang..

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.