fbpx
Now Reading
Ramai Geli Hati Lihat Aksi Peserta Lumba Lari Pecut Laju Selepas Kena Kejar Anjing [Video]
peserta lumba lari kena kejar anjing

Ramai Geli Hati Lihat Aksi Peserta Lumba Lari Pecut Laju Selepas Kena Kejar Anjing [Video]

Sebaik sahaja anjing tersebut mengejar peserta dalam acara larian tersebut kelihatan wanita itu dengan segera memecut lebih laju dari sebelumnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertandingan sukan merupakan satu program atau aktiviti wajib buat semua institusi pelajaran.

Ini kerana kewujudan program sebegini dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan antara pelajar selain dapat melahirkan generasi anak muda yang sihat dan aktif dalam sukan.

Aksi peserta dalam acara lari berganti-ganti undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh seorang pengguna, Syah yang memaparkan beberapa peserta wanita dalam satu acara lari berganti-ganti yang mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut kelihatan dua orang peserta yang dipercayai pelajar di Universiti Malaysia Sabah sedang berlari menuju ke arah pasukannya untuk memberi baton bagi meneruskan larian.

Sebaik sahaja baton itu diberi kepada wanita yang memakai baju berwarna biru itu, dia dengan pantas berlari di trek tersebut.

Anjing datang kejar peserta tengah berlari

@shfq.emyra

Tengok sampai habis , HAHAHAHAHA

♬ original sound – Syah – Syah

Tidak lama kemudian datang seekor anjing berwarna hitam yang berlari masuk ke arah trek larian tersebut dan mengejar wanita berkenaan.

Mungkin takut kerana dikejar oleh anjing terbabit, pelari berkenaan dilihat melajukan lariannya.

Kemudian salah seorang lelaki yang berada di kawasan berdekatan cuba untuk membantu wanita berkenaan dengan mengejar anjing tersebut bagi mengalihkan perhatiannya.

Meskipun terjatuh, cubaan pemuda itu berjaya apabila anjing itu kemudian berlalu pergi dan menjauhi trek lumba lari itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan situasi tersebut dan ada yang sempat berseloroh antara sebab atlet di Sabah hebat berlari adalah kerana selalu dikejar anjing.

‘Baru nak jadi hero tergelincir pula’

‘Kalau abang tu tak kacau anjing tu silap-silap dah pecah rekod dunia akak tu lari’

‘Auto laju’

‘Sudah lah penat.. kena kejar lagi, aduii confirm nombor 1 la pecut ni’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.