Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bicara soal jodoh, pemilihan pasangan adalah suatu perkara yang penting dan tidak boleh diambil mudah kerana melibatkan kehidupan masa hadapan yang bakal ditempuhi bersama.
Hal ini menyebabkan golongan bujang mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan selain berharap Allah SWT akan mempertemukan mereka dengan seseorang yang baik.
Wanita berharap jodoh duduk disebelahnya
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial telatah seorang wanita yang berharap bertemu dengan bakal jodohnya di dalam kapal terbang hingga mencuit hati ramai orang.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Maksom itu merupakan kawan kepada penyanyi dan YouTuber Malaysia, Zarol Zarif, di mana pada waktu kejadian mereka dan beberapa rakan yang lain sedang bercuti di Turki.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok Zarol, kelihatan mereka sedang berada di dalam kapal terbang sambil menunggu penumpang yang lain untuk masuk dan duduk di tempat masing-masing.
“Maksom dapat duduk sorang, mungkin ini peluangnya untuk dapat jodoh lelaki Turki yang handsome (kacak) duduk di sebelahnya,” katanya.
Maksom ingin ditemukan dengan jodoh lelaki Turki
Difahamkan, semasa mereka sedang bercuti di sana, Maksom berseloroh bahawa dia berharap ditemukan jodoh dengan lelaki Turki.
Semasa berada di dalam kapal terbang, Zarol cuba meneka setiap lelaki Turki yang melintasi mereka yang sedang duduk, namun setiap tekaannya salah.
Ternyata tempat duduk itu milik wanita yang membawa seekor anjing
Namun apa yang menghiburkan, setelah lama menunggu ternyata tempat duduk itu milik seorang wanita yang membawa seekor anjing peliharaan menyebabkan mereka ketawa sakan di dalam kapal tersebut.