fbpx
Now Reading
Siap Jumpa Kubur, Lelaki Sesat 11 Jam Tak Jumpa Jalan Pulang Kerana ‘Ditipu’ Waze [Video]
Lelaki sesat 11 jam

Siap Jumpa Kubur, Lelaki Sesat 11 Jam Tak Jumpa Jalan Pulang Kerana ‘Ditipu’ Waze [Video]

Menurut Marpik86, lelaki itu telah sesat selama 11 jam sehingga dia mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis bagi mendaptkan bantuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan aplikasi penunjuk arah semakin digunakan secara meluas oleh masyarakat pada hari ini.

Malah itu juga dapat membantu pengguna apabila ia turut memberikan jalan alternatif yang lain bagi memudahkan anda sampai ke destinasi.

Namun dalam kebaikannya itu kita juga sering terdengar beberapa kisah dari orang sekeliling atau di dada akhbar apabila terdapat kemalangan atau cerita menyeramkan gara-gara mereka mengikut aplikasi berkenaan.

Lelaki sesat hampir 11 jam tertipu dengan Waze

Perkara yang sama turut terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia menunggang motor hampir 11 jam selepas ditipu oleh aplikasi Waze ketika dalam perjalanan pulang dari Raub ke Sepang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Marpik86 di TikTok, dia yang juga seorang polis menjelaskan lelaki yang dikenali sebagai Wan itu tertipu dengan Waze sehingga akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Dalam perjalanan nak pulang ke Sepang

Menurutnya aplikasi itu telah membawanya dari Raub ke Bukit Fraser dan keluar di Hulu Selangor walhal dia sebenarnya mahu pulang ke Sepang.

“Nasib baik kita angkat telefon dan minta dia bagi lokasi.. Alhamdulillah kita terus bergerak ke lokasi dia bagi.

“Dia masuk jalan kecil berliku gelap.. Alhamdulillah kita selisih dengan dia.. tengok raut muka dia bersyukur sangat-sangat,” jelas individu itu.

Perjalanan sepatutnya ambil masa lima jam

Menurut Marpik86, perjalanan Wan sepatutnya tidak sampai lima jam dan laluan itu jarang dilalui oleh orang lain.

Wan juga sempat bercerita jalan yang dilaluinya itu berkabus sehingga dia terjumpa kubur dan bau-bau lain.

Marpik86 turut meminta agar dia memaklumkan kepadanya apabila sampai kelak selain turut menyuruh Wan untuk berehat di Kuala Kubu Baharu dahulu sebelum memulakan perjalanan pulang tetapi ditolak oleh pemuda itu.

“Abang boleh tolong apa yang mampu je dik,” katanya lagi dalam video itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah terpedaya dengan aplikasi penunjuk arah.

Ada juga yang turut memberikan tips kepada pembawa motor untuk meletakkan ikon kereta agar tidak dibawa ke jalan pintas seperti di dalam hutan atau laluan yang sempit.

‘Waze ni dalam bandar atau lebuh raya mungkin lebih sesuai’

‘Pernah alami benda macam ni masa tu nak pergi Yan. Dia bagi jalan tak tahu kemana. Seram jalan tu’

‘Elakkan set icon motor tu.’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.