fbpx
Now Reading
Pelajar Istimewa Gigih Bantu Susun Kasut Rakan Sekolah Semasa Solat Buat Ramai Tersentuh [Video]

Pelajar Istimewa Gigih Bantu Susun Kasut Rakan Sekolah Semasa Solat Buat Ramai Tersentuh [Video]

Berdasarkan video tersebut, pelajar istimewa itu sanggup menunggu rakan-rakannya menunaikan solat semasa waktu rehat untuk membantu menyusun kasut mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dari kecil lagi, rakyat Malaysia sudah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti saling menghormati dan membantu antara satu sama lain.

Nilai-nilai murni ini tidak hanya diajar oleh ibu bapa di rumah, malah ia turut dititikberatkan semasa di sekolah.

Hasil didikan ini menyebabkan kebanyakan daripada mereka memiliki sahsiah dan peribadi yang terpuji serta boleh dijadikan sebagai contoh buat yang lain.

Pelajar ringan tulang, bantu susun kasut rakan yang sedang solat

Hal ini susulan tularnya satu video di media sosial yang memaparkan seorang pelajar kelihatan ‘ringan tulang’ membantu menyusun kasut milik rakan-rakannya yang sedang solat di surau sekolah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @arasyi_27, lelaki itu menyedari kejadian tersebut selepas selesai menunaikan solat apabila melihat kasutnya dan beberapa pelajar yang lain disusun dalam keadaan rapi.

@arasyi_27

budak ni dia tak berapa sihat tetapi nampak ada budi baik yang patut kita puji👍🏻

♬ suara asli – in_music6 – in_music6

“Lepas solat aku keluar surau, ada benda yang pelik. Aku tengok kasut aku dan beberapa pelajar yang sedang solat disusunkan, siap bukakan tali kasut supaya mudah pakai.

“Dalam diam aku tengok, tiba-tiba aku ternampak budak cina ni. Bagus adik, walaupun bukan Islam kamu berbudi. Ni baru keluarga Malaysia,” tulis lelak yang dipercayai guru di sekolah tersebut.

Video tular itu menyebabkan orang ramai mahukan lebih banyak lagi video mengenai kanak-kanak yang juga pelajar istimewa itu.

Sanggup tunggu rakan tunaikan solat untuk bantu susun kasut

Menerusi satu video berasingan, lelaki terbabit mengatakan pelajar itu sanggup menunggu rakan-rakannya menunaikan solat semasa waktu rehat untuk membantu menyusun kasut mereka.

@arasyi_27

Membalas kepada @Mohd Izuan boleh tapi minta support video ni ya . budak istimewa ni buat aku tersenyum

♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

“Sekarang belum ada yang solat, jadi dia akan tunggu pelajar Islam solat. Aku suruh pelajar buat-buat letak kasut di bawah sebab nak tengok pelajar Cina ni, dia akan perhati je.

“Jadi dia akan ambil semua kasut dan susunkan. Lebih baik lagi bila dia bukakan tali kasut untuk mudahkan pelajar Islam pakai nanti,” tulisnya lagi.

Ramai puji dan tersentuh lihat tindakan pelajar itu

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pelajar terbabit yang sudi menyusun kasut rakan-rakannya.

Tidak hanya itu, perkongsian mengenai pelajar istimewa itu juga telah berjaya meruntun jiwa orang ramai yang melihatnya.

“Akhlak yang baik. Tersangat prihatin”

“Suci murni betul hati adik ni”

“Ya Allah lindungi lah adik ini”

“Baiknya, terdidik hidup sentiasa rapi”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.