Lelaki Terpaksa Pura-Pura Pergi Bekerja Setiap Hari Kerana Bimbang Isteri Tahu Sudah Dipecat

Seorang lelaki di Hong Kong, China yang dipecat pada tahun lalu telah menghabiskan masanya dengan berlakon atau berpura-pura ke tempat kerja setiap hari kerana bimbang nasibnya diketahui oleh isteri dan keluarga.

Memetik laporan South China Morning Post, kisah lelaki berusia 46 tahun itu sama seperti filem Jepun 2008 berjudul Tokyo Sonata yang menceritakan tentang kehidupan rakyat yang dibebani dengan masalah kemelesetan ekonomi.

Banyak permohonan kerja telah dibuat namun masih belum terima maklum balas

Malah selepas banyak membuat permohonan perkerjaan yang hampir sama dengan pekerjaan lamanya di laman web pekerjaan di Hong Kong, lelaki itu masih belum lagi menerima sebarang maklum balas, menurut Office Daily.

Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas yang diterima,” ujar lelaki itu dalam mesej yang disiarkan oleh Office Daily di Facebook pada 5 Januari lalu tanpa mendedahkan identiti individu berkenaan.

Bimbang nak bagitahu isteri, lelaki awalnya pura-pura cuti kerja 3 minggu

Jelas lelaki itu dia pada awalnya berpura-pura seperti sedang bercuti selama tiga minggu sebelum mula berlakon untuk kembali bertugas di tempat kerja yang tidak wujud pada setiap hari.

“Saya takut untuk memberitahu isteri saya,” katanya.

Jelasnya kesusahan yang dialami itu sangat sukar untuk ditanggung selain turut menyatakan dia hanya berharap jika ada cuti umum agar mempunyai sebab yang kukuh untuk berada di rumah.

Meskipun mempunyai sedikit wang simpanan tetapi dia bimbang tidak dapat meneruskan penipuan tersebut lebih lama kerana tidak mempunyai pekerjaan yang benar-benar memberi gaji.

Tetap akan beli baju raya, kisah lelaki tarik perhatian ramai

Menurut lelaki itu, menjelang Tahun Baru Cina yang bakal tiba dia tetap akan berpura-pura dengan membeli pakaian baru, dan memberi duit raya yang diletakkan dalam sampul merah kepada anak-anaknya seperti kebiasaannya.

Perkongsian nasibnya itu bagaimanapun telah mendapat perhatian oleh ramai pengguna di media sosial.

“Saya harap awak akan menjumpai kerja yang bagus nanti,” kata salah sorang dari netizen.

“Pasti akan ada lebih banyak peluang selepas Tahun Baru Cina ini. Sementara itu, awak boleh bekerja secara sementara untuk mengurangkan beban. Gaji yang sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung,” kata individu lain.

Ada juga yang meminta dia untuk berterus terang kepada keluarganya kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan yang dilalui selain menyatakan mereka mungkin mempunyai pendapat lain.

Kadar pengangguran di Hong Kong catat 3.7%

Untuk maklumat, menurut Jabatan Banci dan Perangkaan sejak September hingga November, Hong Kong telah mencatat kadar pengangguran sebanyak 3.7% kerana penurunan berterusan selama tujuh bulan.

Hal ini selepas ia mencapai paras tertinggi 12 bulan sebanyak 5.4% pada Mei kerana gelombang Covid-19 kelima di bandar tersebut.

Ini adalah angka terendah sejak 3.4% yang dicatatkan antara disember 2019 dan Februari 2020 ketika permulaan virus Covid-19.

Menurut seorang ahli ekonomi dan Felo Kehormat di Institut Perniagaan Asia Pasifik di Chinese University, Simon Lee Siu-po, memandangkan ekonomi Hong Kong mula memulih, dijangkakan akan ada satu peningkatan besar dalam sektor pasaran pekerjaan susulan pembukaan semula sepenuhnya sempadan Hong Kong dan tanah besar China pada 8 Januari.

Recent Posts

  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago