fbpx
Now Reading
Perdana Menteri New Zealand Umum Letak Jawatan

Perdana Menteri New Zealand Umum Letak Jawatan

Menurut Jacinda Ardern, dia akan meletak jawatan menjelang 7 Februari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan tidak akan bertanding bagi mempertahankan jawatannya dan akan meletak jawatan menjelang 7 Februari.

Menurut Ardern, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berundur selain ‘tidak lagi bertenaga’ untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Pemimpin yang dikagumi di seluruh dunia di atas sikap tegasnya terhadap terorisme selain toleransi yang tinggi terhadap kaum dan agama minoriti di negaranya bagaimanapun menjelaskan akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen sehingga pilihan raya diadakan pada 14 Oktober ini.

“Saya mengundur diri kerana jawatan istimewa ini datang dengan tanggungjawab tinggi dan kesedaran bahawa anda adalah calon terbaik bagi memimpin.

“Saya tahu apa yang diperlukan untuk menggalas jawatan ini dan saya sedar diri bahawa saya tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk meneruskan tugasan dengan sempurna, itu saja.

“Pada musim panas ini, saya berharap dapat mencari jalan untuk terus berkhidmat bukan saja untuk setahun, sebaliknya bagi satu penggal lagi sebab itu yang perlu saya lakukan. Namun, saya tidak dapat melakukannya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi televisyen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.