fbpx
Now Reading
Wanita Dakwa Rempah Ratus Ada ‘Babi’ Tampil Mohon Maaf, Perjelaskan Isu Sebenar [Video]
tampil mohon maaf

Wanita Dakwa Rempah Ratus Ada ‘Babi’ Tampil Mohon Maaf, Perjelaskan Isu Sebenar [Video]

Jelas wanita berkenaan dia tidak mempunyai niat untuk mencari publisiti murahan berhubung isu ‘babi’ tersebut sebaliknya mengakui tersilap membaca label pada rempah ratus itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang cuba memaklumkan kepada orang ramai berhubung satu produk rempah ratus makanan yang sering dijual di seluruh pasar raya.

Menerusi video tersebut wanita itu menyatakan dia sedang mencari bahan perapan memandangkan sudah merancang mahu memulakan diet.

Sebaik sahaja meneliti bahan perapan tersebut dia kemudian menyedari terdapat perkataan ‘pork’ tertulis di bahagian belakang botol tersebut dan lantas membuat satu video di media sosial miliknya.

Perkara itu secara tidak langsung telah mendapat perhatian ramai yang menyatakan wanita itu sebenarnya tersalah baca dan tidak faham Bahasa Inggeris kerana bahan tersebut tidak mempunyai babi sebaliknya boleh digunakan kepada daging haiwan tersebut.

Baca artikel berkaitan: “Confident Tahap Dewa” – Wanita Kena Perli Selepas Dakwa Produk Rempah Terkenal Mengandungi Babi [Video]

Individu tampil mohon maaf jelaskan isu sebenar

Susulan dari penularan video tersebut, individu berkenaan tampil memohon maaf di atas kesilapannya.

Dia yang tampil menerusi satu video menjelaskan tidak peka dengan perkataan ‘use on’ (boleh digunakan pada) pada label rempah tersebut.

Malah seorang rakannya turut menegur bahawa dia tersalah baca selepas video itu dimuat naik di media sosial.

Video telah dipadam sebaik sahaja ditegur oleh rakan

Sedar dengan kesilapannya, wanita ini lantas memadam video tersebut. Tambahnya, dia tidak berniat mencari publisiti murah atau sengaja membuat konten seperti yang didakwa segelintir pihak.

Jelasnya, dia ketika itu tersentak sebaik sahaja melihat ada perkataan ‘pork’ serta mengakui itu adalah kesilapannya.

“Saya sudah menurunkan video itu secepat mungkin tapi tak sangka ada yang dah muat turun dan ia viral.

“Terima kasih atas nasihat, tapi seperti orang ramai katakan saya buat konten bodoh. Tidak, saya tak lakukan untuk meraih apa-apa.

“Saya memang silap tak nampak perkataan ‘use on’ tu sehingga ada rakan yang tegur dan saya terus buang video tersebut,” kata wanita itu.

Bukan tak faham English tapi silap baca, mohon maaf pada semua pihak yang terkesan

Menurut wanita berkenaan dia bukan tidak memahami bahasa Inggeris sebaliknya memang tidak menyedari ada perkataan ‘use on’ tersebut.

“Saya dengan rendah dan setulus hati memohon maaf pada semua yang dah melihat video saya, yang marah, yang kata saya buat konten bodoh, saya minta maaf.

“Mohon maaf jika video TikTok saya dah menyebabkan misleading (tak sahih) info dan sejujurnya saya memang tiada niat yang tak baik. Insya-Allah di masa akan datang saya akan lebih berhati-hati.”

Dia ketika ditemubual BuzzKini turut menekankan tiada niat untuk meraih publisiti mahupun mencalarkan nama mana-mana pihak dan memohon maaf dengan ikhlas jika ada yang terkesan dengan tindakannya sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.