fbpx
Now Reading
Ibu Luah Rasa Kecewa, Dakwa Cikgu ‘Buat-Buat’ Silap Agih Wang BAP Kurang RM50

Ibu Luah Rasa Kecewa, Dakwa Cikgu ‘Buat-Buat’ Silap Agih Wang BAP Kurang RM50

Apa yang mengejutkan, selain wanita tersebut beberapa ibu bapa turut ‘terkena’ apabila hanya menerima RM100 wang BAP dari guru berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (19 Jan) tular di media sosial hari luahan seorang wanita yang mempersoalkan tindakan seorang guru di sekolah anaknya yang didakwa sengaja mengurangkan amaun wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dari RM150 kepada RM100.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Shuhada menerusi satu perkongsian di TikTok mendakwa guru tersebut tidak berlaku jujur apabila hanya memberikan RM100 kepadanya ketika mengambil wang bantuan itu.

Malah dia turut menyuarakan kesangsiannya terhadap guru terbabit memandangkan seorang anaknya sudah menerima RM150. Namun guru berkenaan memaklumkan memang tiada kesilapan berhubung amaun, lapor mStar.

“Hari ini saya pergi ambil duit BAP tu. Setiap murid dapat RM150. Dekat sekolah tu ada tiga orang anak saya pergi ambil.

“Kelas pertama yang anak saya darjah lima, betul dapat RM150. Kemudian saya ke kelas nombor dua, anak bongsu darjah dua. Cikgu tu lelaki dan dia bagi saya RM100.

“Dia jawab ‘tak’, memang RM100 dan tiada silap, saya tak cakap banyak, saya tulis surat apa semua, saya ambil,” katanya tanpa mendedahkan nama guru dan sekolah terbabit,

Semak dengan guru kelas lain

Shuhada kemudian lantas ke kelas seorang lagi anaknya yang berada di tahun enam untuk bertanya pada guru bertugas lain mengenai jumlah sebenar BAP.

“Cikgu, saya nak tanya bantuan awal ini bukan RM150 ke? Cikgu itu jawab, ya puan, RM150.

“Masalahnya, cikgu itu tadi bagi pada saya RM100. Kalau ada penolakan duit PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau apa-apa ke kena cakap,” jelasnya.

Soalan yang dikemukakannya ternyata mengejutkan guru wanita berkenaan. Beliau kemudiannya bertindak menemui guru lelaki tersebut.

“Saya pun pergi, cikgu (lelaki) tu dengan muka tak bersalah keluarkan duit dari fail dan serahkan kepada cikgu perempuan dan kemudian diserahkan kepada saya RM50 lagi,” katanya lagi.

“Lepas tu saya cakaplah, ‘Cikgu fikir sendirilah, saya tanya bukan RM150 ke’. Dia boleh cakap RM100. Kalau dia silap tak logik kot.”

Ada ibu bapa lain yang turut terkena

Tambah wanita itu lagi, dia kemudian berkongsi perkara berkenaan di dalam grup WhatsApp kelas anaknya. Apa yang mengejutkan beberapa ibu bapa turut ‘terkena’ dengan insiden sama.

“Dah ada mak bapa (lain) yang bersuara. Katanya kenapa bantuan ini ada yang dapat RM150, ada dapat RM100? Nampak sangat cikgu itu macam nak songlap (ambil) duit.

“Dahlah awal tahun ni ada kes cikgu kena samun duit,” luahnya.

Ekoran dari isu tersebut, seorang guru kemudianya meminta ibu bapa yang terlibat untuk datang ke sekolah semula bagi menuntut baki.

Perkongsian itu ternyata mengejutkan pengguna media sosial di mana rata-rata menggesa pihak Kementerian Pendidikan (KPM) agar menyiasat perkara tersebut.

Mstar di dalam laporan sama turut memaklumkan sedang menerima maklum balas dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu seorang guru besar berputih mata apabila wang BAP yang dikeluarkannya ‘lesap’ disamun selepas dia bertindak meninggalkan wang tersebut di dalam keretanya untuk membeli minuman.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.