Lelaki Bengang Laluan Lebuh Raya Dihalang, Ini Fungsi ‘Shadow Vehicle’ Yang Ramai Tak Tahu [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemandu sedang memaki hamun tiga buah kenderaan keselamatan yang menghalang lalu lintas di Lebuhraya PLUS.

Menerusi perkongsian di laman Instagram thereportermy, lelaki terbabit mendakwa dia sedang dalam perjalanan menuju ke Hospital di Padang Besar, Perlis untuk melawati orang sakit.

Lelaki bengang jalan kena tutup waktu tengah hari

Lelaki yang menggunakan loghat utara itu juga marah kerana laluan lebuh raya itu ditutup pada waktu 11.56 tengah hari, di mana cuaca panas pada waktu itu.

“Yang hangpa (kamu) tiga biji ini pun, nak buat jalan tengah-tengah hari. Awat? Tengah malam tak boleh buat ke?!”

Tindakan lelaki tersebut yang marah kepada kenderaan keselamatan lebuh raya kerana menutupi laluan ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Netizen jelaskan fungsi kenderaan keselamatan itu

Malah, mereka turut memperjelaskan mengenai fungsi kereta tersebut yang mana bukannya sengaja untuk melengahkan masa pengguna di lebuh raya.

Tidak hanya, tindakan lelaki tersebut memarahi kenderaan keselamatan itu juga dikecam kerana dianggap sebagai tidak wajar.

Ketahui apa itu ‘Shadow Vehicle’ dan fungsinya semasa di lebuh raya

Untuk info, menerusi laman Facebook Polis Kedah, kenderaan keselamatan itu dipanggil sebagai ‘Shadow Vehicle’ (SV) dan fungsi utamanya adalah untuk melindungi petugas di lebuh raya yang sedang bertugas.

Tidak hanya itu, ia juga adalah standard operating procedure (SOP) keselamatan di Lebuhraya PLUS untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dilokasi.

“Kenderaan SV ini akan masuk ke setiap lorong di lebuh raya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada di setiap lorong.

“Petugas SV ini akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20 km/j dan kadangkala akan berhenti di atas lebuh raya.

“Pengguna lebuh raya yang berada di belakang kenderaan SV ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan SV dan pastikan jarak selamat 50 meter dari kenderaan SV,” tulisnya.

Kerja yang dilakukan petugas lebuh raya semasa SV halang laluan

Semasa SV menghalang laluan, petugas lebuh raya di hadapan akan melakukan kerja-kerja pembersihan seperti mengalihkan serpihan tayar, kayu, besi, bangkai haiwan yang berada di atas lebuh raya, menampal lubang atau penutupan lorong untuk kerja-kerja selenggara.

Diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat sentiasa bersabar demi menjaminkan keselesaan dan keselamatan bersama.

Untuk lebih maklumat mengenai SV, anda boleh terus berhubung dengan pihak PLUS.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago