fbpx
Now Reading
Petani Di Thailand Untung Besar, Raih Lebih RM100,000 Sebulan Dengan Jual Air Mani Kerbau

Petani Di Thailand Untung Besar, Raih Lebih RM100,000 Sebulan Dengan Jual Air Mani Kerbau

Para penternak ingin menggunakan benih Big Billion untuk diberikan kepada kerbau betina dengan harapan dapat melahirkan generasi baru kerbau cantik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, di Malaysia kebanyakan haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, ayam, dan kambing akan dijual untuk dijadikan makanan.

Malah ada juga yang mengambil hasil dari haiwan tersebut antaranya susu, telur dan lain-lain untuk dijadikan sumber pendapatan alternatif.

Namun baru-baru ini, pendedahan daripada seorang petani di wilayah Kalasin, Thailand yang mendapat keuntungan besar dari hasil menjual air mani kerbau telah mengejutkan ramai.

Berjaya raih 1 juta baht sebulan dengan jual air mani kerbau

Menurut Thaiger, petani yang dikenali sebagai Mongkol Monghphet itu berjaya meraih pendapatan sebanyak 1 juta baht (RM131,105) setiap bulan hanya dengan menjual air mani yang dikumpul dari seekor Kerbau yang dikenali sebagai ‘Big Billion’.

Mongkol berkata, benih daripada Big Billion sering menerima tawaran yang lumayan daripada seluruh penternak kerbau di wilayah Thailand.

Lebih mengejutkan, benih Big Billion pernah menerima tawaran sebanyak 30 juta baht bersamaan RM3.9 juta.

Benih Big Billion digunakan untuk menyemai kerbau betina

Difahamkan, para penternak ingin menggunakan benih Big Billion untuk diberikan kepada kerbau betina dengan harapan dapat melahirkan generasi baru kerbau cantik yang akan membesar untuk dijual dengan harga yang tinggi.

Menurut Mongkol, Big Billion tidak hanya menghasilkan air mani untuk dijual, malah haiwan ternakan itu juga akan diambil najisnya sebagai baja organik untuk menyuburkan padi dan tanaman lain tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.

Kerbau di Thailand juga digunakan dalam pertanding

Jelasnya lagi, kebanyakan kerbau di Thailand bukan sahaja digunakan dalam sektor pertanian, malah ada yang diternak agar kelihatan cantik dan ‘sasa’ supaya dapat menyertai ‘pertandingan kerbau’ peringkat kebangsaan demi mendapat ganjaran yang lumayan.

Malah, petani tersebut turut berkata bahawa dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Big Billion dan berasa terhutang budi kepada kerbau itu yang telah banyak berjasa menyenangkan keluarganya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.