https://twitter.com/Agreatlife66/status/1616993547819044866?s=20&t=vqXxlDYO3Xnofwl2DcrxPQ
Adab menjaga kebersihan merupakan satu perkara yang sering dititik beratkan walau di mana sahaja kita berada.
Malah ia juga merupakan tanggungjawab setiap individu dalam memastikan rumah yang didiami sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria.
Isu seperti kawasan rumah kotor disebabkan terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab ini turut mendatangkan kemudaratan kepada penduduk lain apabila mereka tidak dapat hidup dalam suasana yang harmoni dek kerana persekitaran yang menjijikan.
Tuala wanita dijumpai bergelimpangan di sebuah kondominium
Baru-baru ini, tular satu ciapan yang dikongsikan oleh @KL_Reporter yang menunjukkan beberapa tuala wanita yang terpakai dibuang oleh penduduk di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi ciapan tersebut, tuala wanita itu telah dibuang dari tingkap dan ia kemudian bergelimpangan di aras kawasan rumah jiran yang lain dan kelihatan darah pada tuala wanita tersebut.
Lebih parah, kesan darah masih kelihatan pada tuala wanita yang dibuang secara terbuka itu.
Apa yang lebih membuatkan penduduk di kawasan tersebut berang adalah keadaan berkenaan telah berlaku selama setahun.
Meskipun pelbagai aduan telah dilakukan kepada pihak pentadbiran bangunan terbabit namun pihak mereka masih gagal untuk menjumpai individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Kondom turut dijumpai
Lebih menjijikkan, bukan hanya tuala wanita tetapi kondom terpakai turut dijumpai berada di kawasan tersebut.
Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan jijik individu terbabit dengan menyatakan duit tidak boleh membeli adab dan kebersihan.
Ada juga yang menyatakan tindakan individu berkenaan sangat memalukan.