Wanita Di London Dakwa Nampak Kelibat Arwah Suami Dalam Video Promosi Sebuah Restoran
Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa suami yang didakwa dilihat dalam video bersama anak lelakinya itu sudah meninggal dunia pada tahun 2014.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang wanita terkejut selepas terlihat susuk tubuh seperti suaminya yang telah meninggal dunia pada 2014 dalam satu iklan promosi sebuah restoran India, Spice Cottage di West Sussex, London.
Media sosial restoran tersebut kemudian dibanjiri oleh orang ramai yang membincangkan tentang rakaman tersebut yang dikatakan telah dirakam pada awal bulan ini.
Memetik laporan Mail Online, menerusi video berkenaan kelihatan mereka yang berada di restoran itu sedang menikmati makanan sementara pelayan pula sedang sibuk melayan pelanggan.
Wanita dakwa lihat suami dalam video promosi restoran
Video yang dimasukkan ke laman Facebook rasmi restoran itu kemudian dikomen oleh wanita berkenaan iaitu Lucy Watson yang bertanya bilakah rakaman tersebut dirakam kerana terlihat anak lelaki dan suaminya yang sudah meninggal dunia pada tahun 2014 di dalam rakaman terbabit.
Restoran itu kemudian memohon maaf kepada Lucy dan memaklumkan ia direkod pada minggu lalu.
Restoran itu sebelum ini telah memuat naik video tersebut berserta kapsyen ‘Tahun Baru, Mood Baru!’ pada 17 Januari lepas.
“Selama beberapa minggu yang lalu, kami telah berusaha keras untuk memastikan pelanggan kami mempunyai pengalaman yang bermakna.
“Sertai kami untuk merasai campuran hidangan sempurna yang indah dan klasik serta unik diilhamkan oleh resepi keluar turun termurun kami,” katanya dalam kapsyen video tersebut.
Dapat respon lebih dari 100 pengguna media sosial
Video itu secara tidak langsung telah mendapat lebih daripada 100 respon dari pengguna sosial media yang memberikan teori mereka tentang misteri tersebut.
Ada yang berkata Lucy Watson perlu memberi update (kemaskini) terbaharu, adakah mayat suaminya itu dijumpai atau pun tidak.
Tidak kurang juga ada yang menjadi kisah John Darwin sebagai rujukan kepada misteri tersebut di mana ia telah memalsukan kematiannya untuk mendapatkan wang insurans hayat dengan menghilang di dalam kanu pada tahun 2002.
Seorang lagi pengguna menyatakan suami kepada wanita itu mungkin tidak mati tetapi berada di dalam keadaan koma.