fbpx
Now Reading
Disangka Mabuk, Lelaki Terbaring Di Tempat Parkir Kereta Rupanya Terkena Slipped Disc [Video]
Lelaki disangka mabuk rupanya sakit slipped disc

Disangka Mabuk, Lelaki Terbaring Di Tempat Parkir Kereta Rupanya Terkena Slipped Disc [Video]

Sebaik sahaja mengetahui lelaki berkenaan menghidap masalah slipped disc, @bohjankl segera mendapatkan bantuan dengan menguhubungi ambulans.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyakit ‘Slipped Disc’ adalah salah satu penyakit yang sering ‘didiagnos’ kepada pesakit yang mempunyai masalah di bahagian tulang belakang.

Terdapat pelbagai asbab bagaimana penyakit ini boleh menyerang pesakit antaranya adalah kecederaan pada otot, postur yang tidak betul, patah tulang belakang dan banyak lagi.

Namun begitu mereka yang mengalami sakit seperti ini kadang-kala tidak dapat menyangka bilakah ia akan menyerang dan ada yang sehingga menangis kerana tidak dapat menahan sakitnya.

Lelaki terbaring meraung-raung sakit slipped disc

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @bohjankl memaparkan keadaan seorang lelaki yang terbaring di kawasan parkir kereta sambil meraung kesakitan disebabkan menghidap penyakit slipped disc.

Jelasnya, pada awalnya lelaki itu secara tiba-tiba jatuh di hadapannya dan terus meraung-raung. Dia kemudian menyangkakan individu berkenaan mabuk kerana ketika itu jam sudah menunjukkan jam 5 pagi.

Pernah buat pembedahan slipped disc sebelum diserang sekali lagi

Namun apabila dia mendekati individu berkenaan, lelaki itu sebenarnya mempunyai masalah slipped disc dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.

“Sebelum ini dia pernah buat pembedahan tapi kali ni dia kena semula lepas turun dari motosikal.. memang meraunglah.

“Aku memang gelabahlah (tak tentu arah) nak tolong tak tahu nak buat apa.. dah lah aku sorang-sorang aku hubungi ambulans untuk dapatkan bantuan lepas tu aku panggil pengawal untuk teman aku,” katanya.

Cuba tenangkan sambil tunggu ambulans datang

@bohjankl

Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc

♬ original sound – BOJAN’KL – BOJAN’KL

Dia kemudian cuba menenangkan lelaki tersebut sebelum ambulans sampai untuk membawa individu itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengguna TikTok itu dalam masa turut berterima kasih kepada pihak Hospital Kuala Lumpur dan pengawal yang telah membantunya untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

Malah dia juga turut mendoakan agar lelaki itu turut diberikan kesihatan yang baik seperti sedia kala.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah atau sedang mengalami masalah yang sama.

“Ya betul akak kena slipped disc.. sakit sangat. Duduk sakit, baring sakit. Serba tak kena”

“Takutnya, saya pun ada slipped disc dan keadaan jadi lebih teruk sekarang”

“Saya baru suspect slipped disc”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.