fbpx
Now Reading
“Geram Dah Tunggu Lama”- Gelagat Kanak-Kanak Tak Dapat Ikan Ketika Memancing Buat Ramai Terhibur [Video]
kanak-kanak geram tak dapat ikan

“Geram Dah Tunggu Lama”- Gelagat Kanak-Kanak Tak Dapat Ikan Ketika Memancing Buat Ramai Terhibur [Video]

Gara-gara sudah lama menunggu ikan, kanak-kanak ini berasa geram apabila umpan tidak dimakan oleh haiwan itu hingga dia terpaksa dipujuk oleh bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hobi seperti memancing merupakan salah satu aktiviti yang banyak mengajar seseorang untuk sentiasa bersabar.

Ini kerana, mereka yang memancing sudah tentunya tidak tahu nasib mereka sama ada bakal mendapat ikan yang banyak atau sebaliknya. Adakalanya ada yang terpaksa pulang dengan rasa kecewa apabila mata kail tidak tersangkut pada mana-mana ikan.

Namun aktiviti ini merupakan salah satu perkara yang seronok jika dilakukan bersama keluarga terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil selain dapat mereka mengajar erti kesabaran.

Geram memancing tak dapar ikan, gelagat kanak-kanak undang perhatian

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak ini, apabila meluahkan rasa geramnya selepas umpannya tidak dimakan oleh ikan sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh M. Saiful Nizam, kelihatan kanak-kanak tersebut bersama keluarganya pergi memancing di sebuah tasik.

Namun mungkin sudah lama menunggu tetapi masih tiada ikan yang memakan umpannya, si kecil kemudian kelihatan seolah-olah mahu menangis kerana berasa geram.

“Dah lah Habib geram, Habib dah tunggu lama dari tadi sampai ni. Geram! Geram sangat, dia (ikan) tak makan- makan (umpan) lansung,” kata kanak-kanak lelaki itu.

Bapa cuba pujuk minta bawa bersabar

@cik.mat.poi

Nak ikut mancing. Tapi bile kumpau, koyak plak🤣. Habib2. Macam2 hal la. 2x letih woo mancing rini. #memancing #koyak @mama_rieza @Zulia Shahira

♬ original sound – M.Saiful.Nizam – M.Saiful.Nizam

Bapanya kemudian cuba memujuk dengan menyatakan bahawa bapa saudaranya juga belum lagi mendapat ikan dan dia perlu bersabar.

“Tapi orang lain dapat, dahulu (pengalaman sebelum ini) Habib tak dapat (ikan) sampai sekarang pun tak dapat juga. Geram betullah!” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu dan menyatakan mereka memahami apa yang dirasai olehnya.

“Abang faham perasaan adik.. sabar dik ya”

“Ada batu api pula berbunyi”

“Baru awak tahu dik”

“Suara belakang ‘dapat lagi aduh’ berapi budak ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.