fbpx
Now Reading
“Normal In Malaysia” – ‘Minah Saleh’ Pelik Tengok Orang Malaysia Main Bola Sepak Sampai 1.30 Pagi [Video]

“Normal In Malaysia” – ‘Minah Saleh’ Pelik Tengok Orang Malaysia Main Bola Sepak Sampai 1.30 Pagi [Video]

Berdasarkan video tersebut, wanita itu pergi melihat kawasan luar dari balkoni rumahnya setelah mendengar bunyi tiupan wisel pada pukul 1.30 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi buat rakyat di negara ini untuk melakukan aktiviti sukan pada waktu malam.

Selain daripada kesibukan bekerja pada siang hari, keadaan cuaca yang panas juga antara penyebab mengapa kebanyakan orang memilih untuk bersukan pada waktu malam kerana ia lebih nyaman dan juga sejuk.

Meskipun perkara sebegini sudah biasa di kalangan rakyat Malaysia, namun ia masih dianggap sebagai sesuatu yang ‘pelik’ dari sudut pandangan mata segelintir warga asing.

Minah Saleh hairan, rakyat Malaysia bersukan pada lewat malam

Hal ini susulan tular satu video yang memaparkan seorang wanita warga asing (Minah Saleh) yang sedang berada di Kuala Lumpur berasa janggal melihat rakyat di negara ini bersukan pada lewat malam.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok @anna_sullivan, wanita itu mengatakan dia pada awalnya terdengar bunyi tiupan wisel dari dalam bilik yang didiaminya.

Setelah melihat melalui balkoni biliknya, ternyata sekumpulan individu sedang bermain bola sepak di padang tersebut yang berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Masih bermain bola sepak walaupun sudah jam 1.30 pagi

Apa yang menghairankan wanita tersebut, sekumpul lelaki terbabit masih bermain bola sepak walaupun pada waktu itu sudah 1.30 pagi.

“Saya mendengar wisel pada jam 1.30 pagi, saya sedar mereka masih bermain bola sepak. Saya rasa mungkin sebab suhu (Kuala Lumpur) pada waktu siang boleh mencecah 90 Fahrenheit, jadi mungkin mereka selalu bermain begini kerana lebih sejuk,” katanya.

Perlawanan selesai sekitar jam 3 pagi

Menerusi satu video berbeza, Anna kemudiannya memaklumkan perlawanan tersebut sudah pun selesai sekitar jam 3.00 pagi.

Di dalam video sama, dia turut berkongsi video pemandangan di sekitar stadium yang sudah pun gelap gelita.

@anna_sullivan10

Replying to @Two Wheels Lover 🏍️ 3am curfew 😂🇲🇾⚽️ #Football #Futbol #Soccer #Malaysia #KL #KLCC #KualaLumpur #3am #cityscape

♬ original sound – Anna Sullivan

“Trust me, it’s normal in Malaysia” – Netizen

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi komen yang menghiburkan serta mendakwa bahawa aktiviti bersukan pada waktu malam adalah sesuatu yang normal di negara ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.