fbpx
Now Reading
Wanita Sedih Bayi Terpaksa Berbinkan Abdullah Kerana Suami Tidak Mahu Beri Kerjasama Untuk Daftar JPN [Video]
Bayi terpaksa binkan Abdullah

Wanita Sedih Bayi Terpaksa Berbinkan Abdullah Kerana Suami Tidak Mahu Beri Kerjasama Untuk Daftar JPN [Video]

Luah influencer itu dia berasa sedih kerana anaknya adalah sah taraf namun disebabkan suami tidak bertanggungjawab bayi itu terpaksa ‘di bin’ kan dengan mengguna nasab Abdullah atau 99 nama Allah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai ibu bapa yang bakal atau baharu menimang cahaya mata, sudah tentu kita tidak sabar untuk memberikan nama kepada si comel.

Malah ada yang sudah bersedia dengan pelbagai senarai nama untuk diberikan kepada si comel dan apabila bayi itu lahir sahaja kebiasaannya bapa akan segera mendaftarkan nama mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Proses ini dilakukan agar memudahkan sebarang permohonan dokumentasi bayi untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia termasuklah untuk mendapatkan MyKid dan sijil kelahiran.

Luah rasa sedih anak terpaksa guna nasab Abdullah kerana suami tak beri kerjasama

Namun berbeza dengan seorang wanita ini apabila dia meluahkan rasa sedihnya kerana bayi yang baharu sahaja dilahirkan terpaksa ‘berbinkan’ dengan nasab Abdullah atau 99 nama Allah.

Menerusi video dikongsikan di TikTok Norsufia Johari, dia yang juga seorang influencer memaklumkan suaminya tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendaftarkan nama bayi berkenaan di JPN. Bahkan dia juga tidak berjaya untuk membawa kad pengenalan asal bapa kepada anaknya itu untuk tujuan berkenaan.

Dia kemudian bertanya kepada salah seorang petugas di JPN sekiranya gagal membawa dokumen seperti disenaraikan adakah anaknya perlu ‘di bin’ kan dengan nama lain?

Petugas itu kemudian menjawab benar iaitu menggunakan nasab Abdullah atau 99 nama Allah.

“Mami (ibu) reda kalau ini aturan Allah untuk Arumi (bayi), mami berlapang dada terima semua ini.

“Anak yang lahir tanpa azan tanpa kasih sayang bapa dan sekarang tanpa nama bapa. Walau Arumi lahir dengan cara sah.. di mana hati seorang bapa?

“Di mana keadilan untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa tanpa tanggungjawab?” kata wanita itu lagi.

Sedih dan bimbang anak tanya bila dah besar

@norsufiajohari

sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya..#trending #hello2023 #viral #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage #tiktoker #tiktok #fypp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Apa Sebenarnya – ◦•●◉✿💞𝐑𝐄𝐄𝐙💞✿◉●•◦

Di ruangan kapsyen, Norsufia turut menyatakan dia berasa sangat sedih dan berdoa agar urusannya sentiasa dipermudahkan oleh Allah.

Malah dia turut meluahkan kebimbangannya yang takut jika suatu hari nanti anak itu bertanya mengapakah nama ayah mereka berbeza.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan semangat kepada wanita ini agar sentiasa kuat dalam menghadapi dugaannya. Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan lain untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Menerusi tinjauan kami di dalam akaun TikTok Norsufia, difahamkan dia dan suami sedang berdepan dengan masalah rumah tangga namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan perkara tersebut.

@norsufiajohari

Org laki ni kdg lupa diri..kite g€muk die tak suke..tp die tu bunc!t tak bersalin2 kita terima seadanya je..nape ingt kita xde taste ke?xpelah kita undur diri & cari org yg bolh hargai kita tak kira siapa kita..#trending #tiktoker #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #viral #fypage #fypシ゚viral #fypシ #tiktokviral

♬ Mi favorite song – bia

“Sepatutnya pejabat pendaftaran boleh bagi kelonggaran bab ni”

“Allahuakbar, tak boleh ke minta bantuan keluarga suami..”

“Ada tengok satu video tu.. suami dia tak bagi kerjasama, dia buat rayuan dekat JPN”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.