fbpx
Now Reading
Kenapa Bersihkan Kalau Dah Bayar ‘Service Tax’? Wanita Ini Beri Penjelasan [Video]
Beza service tax dan service charge

Kenapa Bersihkan Kalau Dah Bayar ‘Service Tax’? Wanita Ini Beri Penjelasan [Video]

Jelas wanita itu, jika ‘service tax’ pelanggan perlu membuat pesanan, membuang sampah sendiri dan sebagainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika ke restoran makanan segera tentu kita biasa melihat pelanggan yang datang makan di situ akan mengemaskan bekas atau sampah makanan mereka sendiri dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Malah ia bukanlah suatu perkara yang janggal sebaliknya lebih kepada tanggungjawab setiap individu yang sudah mendidik diri mereka untuk melakukan hal tersebut.

Tular dua individu pelik mengapa perlu bersihkan meja sedangkan sudah bayar ‘service tax’

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @lellullizms memaparkan dua individu yang bertanya mengapakah mereka perlu membersihkan meja yang diduduki walhal telah membayar ‘service tax’ sebanyak 6% seperti yang tertera di dalam resit.

Wanita itu kemudian menerangkan apakah sebabnya mereka perlu membersihkan sendiri meja tersebut.

Jelasnya sebagai individu yang bekerja di dalam industri makanan dan minuman (food and beverage) ia mempunyai dua perbezaan iaitu ‘service tax’ dan juga ‘service charge’.

Perbezaan antara service tax dan service charge

Menurutnya, pelanggan disarankan untuk melihat terlebih dahulu resit restoran berkenaan sama ada cas yang dikenakan adalah service tax atau service charge.

“Sebab macam saya beri contoh dekat McDonalds (MCD) atau KFC (Kentucky Fried Chicken), kalau korang perasan dekat resit ia hanya ada service tax. Dia tidak ada service charge sebab tu korang (pelanggan) punya sampah-sampah dan makanan kena ambil dan buang sendiri.

“Meja korang kemas sendiri. Kita orang tak dibayar untuk serve korang, kita orang tak dibayar untuk bersihkan sampah korang.

“Kita orang dibayar untuk menyediakan makanan korang,” kata wanita itu.

Namun berbeza jika restoran berkenaan mengenakan service charge seperti The Chicken Rice Shop, Kfry dan sebagainya kalau dilihat dalam resit sememangnya mempunyai service charge.

Pekerja dibayar untuk melayan pelanggan

Katanya cas tersebut memang dibayar kepada pekerja untuk menyediakan makanan anda dan kerana itu makanan dihantar, mereka datang dan ambil pesanan kepada pelanggan.

“Untuk yang tak faham apa beza service tax dan service charge. Service tax tu macam yang kita bayar kepada kerajaan.

“Service charge yang macam korang cakap kita kena bersihkan sampah, hantar makanan dekat korang. Jadi ada beza kan?” jelasnya lagi.

Ujar pengguna TikTok itu lagi sekiranya meja di restoran yang hanya mengenakan service tax dibersihkan oleh pekerja, itu kerana ia sudah terlalu kotor dan perlu dibersihkan agar pelanggan lain dapat menggunakan meja berkenaan.

“Jadi ia tidak dituju kepada sesiapa, saya faham je ada setengah orang tak faham ada service tax dan service charge. Tapi saya explain supaya lepas ni korang faham dan tolong kemas meja lepas makan ya.”

@lellullizms

#stitch with @Tajudin Fitri semoga paham explaination saya. You can ask me to explain more if you want 😃

♬ original sound – Lulz – Lulz
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.