fbpx
Now Reading
“Sotong Kecil Caj RM2 Seekor” – Pelanggan Terkejut Kedai Makan Di Desa Pandan ‘Cekik Darah’

“Sotong Kecil Caj RM2 Seekor” – Pelanggan Terkejut Kedai Makan Di Desa Pandan ‘Cekik Darah’

Berdasarkan gambar resit bertulis yang dikongsi, harga untuk dua pinggan nasi berserta lauk yang diambil adalah bernilai RM28 dan RM37.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, permintaan yang tinggi melebihi daripada penawaran dan ditambah pula dengan masalah kegawatan ekonomi yang berlaku di serata dunia, harga barangan pada masa kini kian meningkat.

Susulan itu, banyak peniaga makanan yang terpaksa menaikkan harga setiap makanan mereka bagi menjaminkan pulangan modal serta untung yang akan diperolehi.

Bagaimanapun, ada sesetengah peniaga makanan memilih untuk mendapatkan keuntungan yang lebih sehingga tergamak menjual makanan pada harga yang tidak masuk akal.

Pelanggan terkejut peniaga cekik darah letak harga tinggi

Begitulah yang dilalui dua orang pelanggan di sebuah kedai makan di Desa Pandan ini apabila mereka mendakwa terkejut dengan harga yang dikenakan oleh peniaga tersebut yang disifatkan ‘cekik darah’.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @isusemasaviral yang diambil dari laman Facebook Warga Ampang, individu terbabit bersama rakannya berkongsi gambar resit bertulis dan juga lauk untuk dua pinggan nasi yang telah diambil.

Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan beberapa lauk yang ada di atas pinggan tersebut seperti ikan goreng, sotong kecil, sambal, dan juga daging masak kicap.

Jumlah keseluruhan yang dikenakan adalah sebanyak RM71.50

Namun apa yang mengejutkan pelanggan terbabit, jumlah keseluruhan harga yang dikenakan kepadanya adalah sebanyak RM71.50.

“Terkejut lunch break kena RM28 dan RM37 (tak termasuk air) ambil sotong katanya kena caj RM2 seketul, padahal sotong kecil gila. Kat Desa Pandan,” luah pelanggan itu.

Netizen juga terkena nasib yang sama

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi makanan dan harga yang dikenakan kepada mereka.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mendakwa kebanyakan kedai makan di Desa Pandan memang menjual makanan pada harga yang mahal dan tidak berpatutan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.