fbpx
Now Reading
“Ingatkan Tulang” – Wanita Terkejut Jumpa 10 Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu
Jumpa dawai kokot dalam nasi kerabu

“Ingatkan Tulang” – Wanita Terkejut Jumpa 10 Dawai Kokot Dalam Nasi Kerabu

Menurut wanita tersebut, makanan tersebut telah dipesan melalui satu aplikasi penghantaran makanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bercerita mengenai penyediaan makanan, selain menjaga kebersihan, peniaga juga perlu menitikberatkan keselamatan para pelanggan.

Ini kerana sebarang bendasing yang terdapat di dalam makanan seperti batu, skru bukan sahaja boleh mencederakan malah membahayakan nyawa pelanggan.

Jumpa dawai kokot dalam makanan yang dibeli

Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang pelanggan ini apabila menemukan lebih dari satu dawai kokot di dalam makanan yang dibelinya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam di grup Facebook Warga Kuantan Official di Facebook, seorang wanita mendedahkan telah terjumpa 10 dawai kokot di dalam nasi kerabu yang dibeli olehnya.

Bukan setakat terjumpa, malah dia sudah nyaris tertelan satu dari dawai kokot tersebut.

Beli dari sebuah aplikasi penghantar makanan

Jelasnya, makanan tersebut telah dipesan melalui satu aplikasi penghantar makanan dan menyangka dawai yang dikunyah itu merupakan tulang namun apa bila diteliti objek itu merupakan dawai kokot.

Sebaik menyedari terdapat 10 dawai kokot, dia lantas menghubungi syarikat penghantar makanan tersebut.

Foto: FB Warga Kuantan Official

“Jumpa ni masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat kot tulang ke apa rupanya.. terus report dekat ** dan terus syarikat berkenaan call semula.

“Ingatkan satu je tapi apabila cari-cari lagi dalam nasi semuanya ada 10 dawai kokot (digunakan dalam stapler) yang dijumpai,” ujar wanita itu.

Ramai kurang senang lihat kecuaian peniaga sediakan makanan

Melihat di ruangan komen, perkara itu turut membuatkan orang ramai kurang senang dan menyifatkan penggunaan dawai kokot kepada pembungkusan makanan adalah sangat bahaya.

Malah ada juga yang menyatakan kerana itulah penting buat para peniaga untuk menghadiri kursus penyediaan makanan agar mengetahui apakah perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan agar perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk memberi iktibar kepada peniaga-peniaga lain.

Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makananan 1983

Sebagai rekod, para peniaga tidak dibenarkan untuk menggunakan paku atau sebarang peralatan tajam dalam membungkus makanan.

Sekiranya dikesan mengingkari arahan tersebut para peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

Ini kerana dawai kokot dan paku dikategorikan sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Sebaliknnya orang ramai disarankan menggunakan getah biasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peniaga yang menggunakan barangan berbahaya seperti paku, kokot dan sebagainya boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

“Ramai peniaga guna stapler ni tak boleh ditegur. Kita tegur dia orang marah balik”

“Ni nak bagi makan orang ke nak bunuh orang ni.. agak-agaklah.. memang tak kalau macam ni”

“Banyak tu, kalau kena budak naya. Adoi buat kerja tak betul”

“Sebab tu kalau pergi kursus penyediaan makanan para pengarah marah guna stepler ni”

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.