fbpx
Now Reading
Pemandu Selamba Tunjuk Isyarat Lucah Lepas Diberi Laluan Undang Pelbagai Reaksi [Video]
pemandu wanita Tunjuk isyarat lucah

Pemandu Selamba Tunjuk Isyarat Lucah Lepas Diberi Laluan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Mungkin terkejut dengan kelajuan kereta di bahagian belakang, wanita itu kemudian menunjukkan isyarat lucah beberapa kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika berada di atas jalan raya, kita bukan sahaja perlu berhati-hati sebaliknya turut perlu bertolak ansur demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Ini kerana, jika tidak bertolak ansur pelbagai perkara boleh berlaku sebagai contoh perselisihan faham antara pengguna jalan raya, kemalangan dan banyak lagi.

Tular video wanita tunjuk isyarat lucah undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video dashcam di media sosial yang dikongsikan di Facebook Inforoadblock memaparkan sebuah kenderaan yang memberikan laluan kepada seorang pemandu wanita.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan yang memandu kenderaan jenis Proton Preve hitam ingin keluar dari kawasan parkir kereta.

Kenderaan belakang kelihatan laju sebelum beri laluan

Namun kelihatan kenderaan pemilik dashcam bergerak sedikit laju sebelum berhenti untuk memberikan laluan kepada wanita berkenaan.

Perbuatan spontan pemilik dashcam berkenaan mungkin telah membuatkan pemandu wanita itu terkejut.

Ini kerana pada awal video berkenaan kelihatan wanita itu seperti sudah memberi isyarat untuk masuk ke laluan berkenaan.

Sebaik sahaja laluan diberikan, wanita itu lalu masuk secara perlahan-lahan sebelum menunjukkan isyarat lucah ke arah kereta perakam.

Mungkin masih tidak berpuas hati dengan kereta berkenaan, wanita itu bertindak untuk menurunkan tingkap keretanya dan mengeluarkan tangan untuk menunjukkan isyarat lucah sekali lagi.

Undang pelbagai reaksi netizen

Melihat di ruangan balas, situasi itu memberikan pelbagai reaksi apabila ramai yang menyalahkan wanita berkenaan kerana tidak berterima kasih selain turut menunjukkan isyarat jari tengah.

Namun ada juga yang merasakan mungkin wanita itu berbuat sedemikian kerana terdapat faktor-faktor lain antaranya menekan hon yang panjang. Tetapi perkara itu tidak dapat dibuktikan memandangkan video tersebut tidak mempunyai bunyi.

Untuk maklumat, individu yang menunjukkan isyarat lucah boleh didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 atau penjara 10 hari.

“Kalau dengan aku ni, kena maki dah perempuan tu. Jenis tak reti berterima kasih”

“Video tak ada bunyi. Kalau perakam hon kuat buat wanita tu sentap (walaupun tidak ada right of way) kita tak tahu”

“Buat laporan polis bang. Kalau nak pedajal dia lah. Bukti dah ada”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.