“TQ Abang Bomba” – Anak Kucing Tercucuk Besi Umpan Dalam Perangkap Tikus Buat Ramai Sebak [Video]

Haiwan perosak seperti tikus, lipas, dan cicak sememangnya tidak disukai. Namun ia antara haiwan yang kerap dijumpai di rumah atau mana-mana premis.

Oleh itu, pelbagai kaedah dan cara akan dilakukan agar haiwan itu tidak terus membiak seperti memasang perangkap tikus.

Namun apa yang menyedihkan, adakala cara ini tidak begitu efektif apabila ia turut membahayakan haiwan lain contohnya seperti anak kucing yang mungkin tertarik dengan umpan yang diberi lalu terperangkap di dalam sangkar besi tersebut.

Anak kucing terperangkap dalam perangkap tikus

Perkara seperti ini turut dikongsikan oleh seorang anggota bomba dan penyelamat iaitu Izzat Izwan yang memuat naik video memaparkan keadaan seekor anak kucing yang terperangkap dan mulutnya tersangkut di dalam perangkap tikus berkenaan.

Menerusi video tersebut, pada awalnya Izzat memaklumkan seorang individu telah datang ke balai bomba berkenaan dan meminta pertolongan untuk menyelamatkan anak kucing tersebut.

Sekumpulan bomba kemudian cuba membuka perangkap tersebut dengan penuh berhati-hati agar tidak mencederakan si comel itu.

Kedengaran suara si comel menangis kesakitan

Apa yang lebih menyayat hati, sebaik sahaja kucing itu berjaya dikeluarkan terdapat sebatang besi tercucuk di dalam mulutnya sehingga membuatkan si manja itu menangis kesakitan.

Malah kedengaran para bomba cuba menenangkan haiwan tersebut dengan memujuknya untuk memberi makanan selepas besi itu dapat dikeluarkan.

Izzat ucap terima kasih pada yang prihatin terhadap nasib anak kucing

Izzat Izwan dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat tentang anak kucing itu dan berharap agar ramai lagi di luar sana yang menjadi masyarakat prihatin terhadap haiwan.

Melihat di ruangan komen, situasi itu telah membuatkan ramai berasa sedih akan perkara yang menimpa si comel berkenaan selain turut berterima kasih kepada anggota bomba atas jasa baik mereka.

‘Allah kasihannya… terima kasih abang-abang bomba.. tolong si comel’

‘Nak nangis dengan dia meow tu’

‘Allahuakbar kesiannya awak sayang’

Recent Posts

  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

8 mins ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

31 mins ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

1 hour ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

1 hour ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

2 hours ago