fbpx

‘1 Malaysia Kena Prank’ – Lelaki Mengamuk Di Sekolah Rupanya Hanya Demonstrasi Keselamatan [Video]

Objektif latihan itu adalah sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar dan guru sekiranya berhadapan dengan situasi orang mengamuk di sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mengamuk di sekolah dengan membawa sebatang kayu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik akaun TikTok @epinmusa, kedengaran jelas lelaki terbabit berang selepas anaknya dipukul oleh salah seorang guru di sekolah terbabit.

Susulan itu, pelbagai spekulasi dan tomahan yang dilemparkan oleh orang ramai setelah melihat video tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian difahamkan bahawa video tular tersebut hanyalah lakonan keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Warisan Puteri, Seremban.

Video tular hanya demonstrasi keselamatan untuk guru dan murid

Menerusi hantaran di laman Facebook sekolah berkenaan, kehadiran lelaki di tapak perhimpunan sekolah adalah latihan demonstrasi keselamatan untuk para murid dan guru-guru jika menghadapi situasi orang mengamuk.

“Objektif latihan adalah sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar dan guru sekiranya kejadian tersebut berlaku di sekolah.

“Persediaan untuk bertindak menyelamatkan diri sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku,” tulisnya.

Pelbagai kaedah menyelamatkan diri yang diterapkan pada murid

Berdasarkan perkongsian gambar, dapat dilihat beberapa kaedah yang digunakan oleh murid ketika menyelamatkan diri seperti meniarap di atas lantai dan duduk di bawah meja dalam keadaan pegun.

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah mengetahui hal yang sebenar.

Tidak hanya itu, mereka juga menyokong tindakan sekolah berkenaan yang melakukan demonstrasi tersebut demi keselamatan murid-murid dan para guru.

“Pendedahan untuk menyelamatkan diri yang baik..”

“1 Malaysia kena prank”

“Baru tarik nafas nak maki”

“Terbaik cikgu-cikgu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.