fbpx
Now Reading
Amerika Syarikat Senaraikan Petaling Street Sebagai Lokasi Popular Jual Barang Cetak Rompak & Tiruan

Amerika Syarikat Senaraikan Petaling Street Sebagai Lokasi Popular Jual Barang Cetak Rompak & Tiruan

Apa yang mengejutkan platform e-dagang terkenal yang berpangkalan di Singapura, Shopee turut berada di dalam senarai Notorious Markets itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk di Lembah Klang pasti cukup ‘familiar’ dengan Petaling Street (PS), sebuah lokasi aktiviti jualan yang terkenal dan sering dikunjungi pelancong dari luar negara.

Malah nama kawasan ini cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia turut menawarkan pelbagai barangan menarik seperti jam, barangan kulit, dan baju harga pada yang murah.

Pun begitu, nama kawasan ini sedikit tercalar apabila sebuah agensi yang terletak di bawah Pejabat Eksekutif Presiden AS iaitu Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), telah menyenaraikan Petaling Street sebagai salah satu kawasan popular yang dikenal pasti menjual barangan tiruan dan cetak rompak.

Menurut USTR, antara barangan tiruan yang dijual termasuklah jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam serta banyak lagi barangan pengguna yang lain.

Malah USTR di laporan Notorius Market For Counterfeiting and Piracy turut mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak bersungguh-sungguh dalam membasmi aktiviti haram itu.

“Pihak berkuasa tempatan tidak proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan jika tiada inisiatif dari pemegang hak (pemilik jenama). Walaupun pemegang hak cuba untuk memulakan aktiviti penguatkuasaan, mereka melaporkan kesukaran kerana sikap pilih kasih selain penglibatan jenayah terancang di pasar ini.

“PBT dilaporkan hanya bertindak terhadap aduan pemegang hak hanya selepas pemegang hak gigih mempertahankan hak mereka.”

Tangkap layar dari laporan Notorius Market For Counterfeiting and Piracy

Selain Petaling Street, USTR turut menyenaraikan 32 lagi kawasan perniagaan (kedai fizikal) dari 18 negara di dalam kategori sama.

Shopee turut tersenarai di bawah kategori online

Malah laporan itu turut menyenaraikan 39 online market di serata dunia yang harus diberi perhatian. Apa yang mengejutkan platform e-dagang terkenal, Shopee turut berada di dalam senarai Notorious Markets itu.

Selain Shopee, aplikasi e-dagang popular dari China seperti Taobao, Aliepress serta Wechat Weixin dan Tokopedia dari Indonesia turut berada di dalam senarai sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.