fbpx
Now Reading
“Sebenarnya Takda Niat Pun Nak Rekod” – Wanita Rakam Filem Dalam Wayang Buat Permohonan Maaf [Video]

“Sebenarnya Takda Niat Pun Nak Rekod” – Wanita Rakam Filem Dalam Wayang Buat Permohonan Maaf [Video]

Menurut wanita itu, niat sebenar mereka hanyalah ingin mempromosikan filem tersebut yang dianggap ‘best’ namun tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila tular seorang wanita bersama rakannya merakam filem yang sedang ditonton mereka di dalam sebuah panggung wayang dengan menggunakan telefon.

Tindakannya itu menyebabkan dia ditegur oleh seorang lelaki yang dikatakan staf panggung wayang berkenaan kerana merakam filem thriller tempatan, Eva (Take Me As I Am).

Nafi rakam filem dalam panggung wayang

Namun apa yang mengejutkan apabila wanita terbabit menafikan tindakan yang dilakukan olehnya selain ‘melawan’ ketika diarah untuk menghentikan rakaman.

Lebih menyakitkan hati, dia turut mempersoal tindakan lelaki tersebut yang ingin memeriksa telefonnya.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dilakukan oleh dua orang wanita terbabit.

Menerusi semakan BuzzKini pada akaun TikTok milik wanita itu, ternyata mereka sempat berkongsi beberapa sedutan filem tersebut.

Bagaimanapun, segala rakaman yang dimuat naik itu telahpun dipadam oleh mereka.

Buat permohonan maaf secara terbuka

Terkini, menerusi satu ciapan di laman Twitter @4hmadsyaf1q92, wanita terbabit bersama rakannya telah memuat naik video permohonan maaf mereka mengenai kejadian itu.

Menurut wanita itu, dia sebenarnya tidak mempunyai niat untuk merakam filem tersebut di dalam panggung wayang.

Niat hanya ingin mempromosikan filem

Jelasnya lagi, niat sebenar mereka hanyalah ingin mempromosikan filem tersebut yang dianggap ‘best’ namun tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

“Sebenarnya saya takda niat pun nak rekod movie tu dekat dalam cinema. Kalau tengok daripada mula pun memang saya takda rekod.

“Sebab apa yang saya nak sampaikan dekat korang sebenarnya movie ni memang ‘best gila’, saya rekod part yang saya rasa seronok untuk saya tunjuk dekat korang,” katanya.

Filem tersebut akan ditamatkan tayangan kerana tiada sambutan

Ujarnya, dia difahamkan filem Eva (Take Me As I Am) akan ditamatkan tayangnya kerana tidak mendapat sambutan.

“Saya tengok dekat berita dan review movie ini nak ditamatkan, sebab takda orang langsung yang tengok. Bila saya pergi dekat wayang memang kosong, hanya kitorang berdua sahaja yang ada dekat situ, jadi saya rasa kesian,” katanya lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.