fbpx
Now Reading
Tingkap Rumah Bau ‘Hancing’ & Dinding Berkulat, Bila Tengok CCTV Rupanya Jiran Simbah Air Kotor [Video]

Tingkap Rumah Bau ‘Hancing’ & Dinding Berkulat, Bila Tengok CCTV Rupanya Jiran Simbah Air Kotor [Video]

Kejadian itu menyebabkan rumahnya berbau busuk selain dinding berkulat akibat sering basah dengan cecair itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menetap di sebuah kawasan kejiranan haruslah sentiasa saling bantu-membantu dan memahami di antara satu sama lain agar kemakmuran hidup bermasyarakat dapat dikekalkan.

Tidak dinafikan, mendapat seorang jiran yang baik juga merupakan salah satu rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Individu berjaya rakam perbuatan khianat jiran

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang individu berjaya merakam perbuatan khianat yang dilakukan oleh jirannya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @snow_queenz_, pada awalnya dia menyedari tingkap rumahnya sering dibasahi dengan air yang berbau busuk.

“Sebelum ini tak tahu air apa yang melekat kat tingkap ni, Tapi bau hancing. Mula-mula ingat air kencing kucing, tapi tak logik sampai ke atas tu.”

Berfikir mungkin sedang diganggu oleh makhluk halus

Susulan itu, dia berfikir kemungkinan sedang diganggu oleh makhluk halus seperti jin sehingga dia mengambil langkah dengan menabur garam dan membaca surah bagi menghalau gangguan tersebut.

Bagaimanapun, kejadian tersebut terus berulang dan semakin teruk kerana menyebabkan dinding rumahnya berkulat disebabkan cecair itu.

“Sampai berkulat dinding dah berbulan-bulan kitorang basuh, tapi ada balik. Start rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik.”

Kejadian hanya terjadi apabila rumah tidak berpenghuni, rupanya perbuatan jiran

Kejadian tersebut yang hanya terjadi apabila rumah terbabit tidak berpenghuni menyebabkan dia mengambil tindakan untuk memasang CCTV bagi mendapatkan jawapan terhadap situasi yang berlaku.

Sungguh mengejutkan apabila rakaman CCTV tersebut menunjukan perbuatan jijik itu dilakukan oleh jirannya sendiri dengan menyimbah cecair yang kelihatan seperti air kencing ke tingkap rumahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meminta agar individu tersebut untuk membuat laporan polis selain meninggikan tembok rumahnya agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.