Ramai Kecam Influencer ‘Complaint’ Staf Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang Walhal Sudah Berbelanja RM5k

Pada zaman ini, tidak hanya selebriti sahaja yang akan dipandang atau dikenali ramai, malah pempengaruh (influencer) media sosial juga meraih populariti yang sama.

Hal ini menyebabkan sesetengah pempengaruh mula merasakan mereka kini seperti seorang selebriti terkenal serta berharap akan mendapat layanan yang istimewa.

Bagaimanapun, memegang status sebagai seorang influencer atau founder produk yang mempunyai banyak wang bukanlah alasan untuk tidak merendah diri serta belajar untuk menghormati dan memahami tanggungjawab orang lain.

Influencer luah rasa kecewa staf pasar raya tak bantu angkat barang

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang influencer meluahkan kekecewaannya kerana staf di sebuah pasar raya tidak membantu membawa barang-barang yang telah dibelinya.

Menerusi perkongsian video di akaun Twitter @si_shorty, klip berdurasi 45 saat itu dirakam daripada ‘TikTok’ Live pempengaruh yang juga usahawa wanita produk makanan di Pulau Pinang itu.

Bandingkan layanan yang diberikan oleh kedainya dengan pasar raya itu

Berdasarkan video tersebut, influencer terbabit membandingkan layanan yang diberikan kepada pelanggan di kedainya dengan layanan daripada staf pasar raya berkenaan.

“Aku yang kedai kecik ni pun boleh katakan customer beli belambak (banyak) aku hargai depa aku angkat turun di bawah dan letak di kereta depa.

Influencer dakwa beli barang sampai 5 ribu

Jelasnya lagi, barangan yang dibeli olehnya pada waktu itu bernilai RM5 ribu namun harus mengangkat dan menolaknya sendiri masuk ke dalam kereta tanpa dibantu oleh pekerja pasar raya berkenaan.

“Kita pi Lot*s’s beli barang dua tiga ribu, haritu beli lima ribu sendiri tolak masuk. Punya berlagak staf dia aku memang geram.

Ramai kecam kenyataan influencer terbabit

Luahan wanita itu bagaimanapun memakan diri apabila rata-rata pengguna media sosial menyelar kenyataan yang diberikannya.

Jelas mereka polisi syarikat pasar raya terbabit tidak menetapkan para pekerja untuk wajib bantu mengangkat barangan pelanggan tidak kira dalam kuantiti yang sedikit mahupun yang banyak.

Malah ada yang mencadangkan dia untuk membeli barang secara online (dalam talian) sahaja sekira mahu dilayan sebegitu rupa.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago