fbpx
Now Reading
Isu ‘Complaint’ Staf Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang, Influencer Tampil Mohon Maaf [Video]
Mohon maaf isu complaint pekerja pasar raya

Isu ‘Complaint’ Staf Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang, Influencer Tampil Mohon Maaf [Video]

Menurut influencer dan usahawan berkenaan dia mengakui kesilapannya atas luahan yang dilakukan serta memohon maaf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang influencer yang juga peniaga produk makanan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan diberikan oleh pekerja sebuah pasar raya kerana tidak membantu membawa barang yang telah dibeli.

Menerusi video tersebut, usahawan dari Pulau Pinang itu turut membandingkan layanan yang diberikan jika pelanggan berkunjung ke kedainya dengan layanan diberikan pekerja di pasar raya tersebut.

Perkara itu, secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang orang ramai yang mengecam luahannya.

Baca artikel berkaitan: Ramai Kecam Influencer ‘Complaint’ Staf Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang Walhal Sudah Berbelanja RM5k

Tampil mohon maaf berhubung isu ‘complaint’ pekerja pasar raya

Terbaharu, influencer yang dikenali sebagai Kieda telah tampil memohon maaf berhubung isu tersebut.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok, dia menyatakan dengan rendah diri menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf atas video yang dimuat naik sebelum ini.

“Kieda mengaku salah sebab terlalu kecewa dan meluahkan rasa kecewa sebagai pelanggan dan saya salah juga kerana minta tolong. Kieda bukan maki orang, saya minta tolong untuk hantar troli yang kami ambil dalam 10 troli ke pintu pasar raya berkenaan.

“Kieda mohon ampun sebab saya sedih jugalah sebelum ni kalau saya pergi ada dua tiga orang abang tu akan tolong kami. Abang tu tahu Kieda pergi memang akan beli banyak-banyak.

“Tapi kali ini masa saya pergi abang tu tiada, dan apabila saya minta tolong staf yang ada semua macam memandang ke arah kami. Itu sahaja, yang lain tidak ada masalah apa,”ujarnya.

Sentiasa menyokong pasar raya tersebut, akui kesilapan

Katanya lagi, dia memang sentiasa menyokong pasar raya berkenaan namun sekarang dia telah mendapat bekalan barangan niaga sendiri dan bersyukur kerana urusannya dipermudahkan.

Menurutnya, dia benar-benar memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana terlalu kecewa.

“Kieda silap kerana meluah untuk syarikat yang besar dan mempunyai team yang ramai, namun saya tidak memaki mereka saya cuma minta tolong. Akhirnya kami tolak 10 troli tu tiga orang.

“Live tu saya buat kerana pengikut tanya saya buat apa hari ini, jadi saya ceritakan perjalanan kami,” jelasnya lagi.

Faham setiap orang ada skop kerja masing-masing

Mengulas lanjut, usahawan wanita berkenaan menyatakan dia faham bahawa setiap orang mempunyai skop kerja yang tersendiri dan memberi pesanan kepada para pelanggan bahawa dia akan cuba membantu mengikut kemampuannya.

“Andai kata ada terkasar bahasa, bergurau kasar, terasa hati dengan saya, Kieda mohon maaf sangat-sangat. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.”

@kiedacrepe

Kieda minta maaf yaa semua 🫶🏻

♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.