Pelanggan Terima Roti Sosej Berkulat, ZUS Coffee Mohon Maaf & Jelaskan Punca Sebenar

Pada 28 Januari lalu, tular satu hantaran di media sosial berhubung seorang pelanggan yang membuat aduan tentang roti sosej roll yang dibeli di sebuah kedai minuman di KL East Mall sudah berkulat.

Kata wanita berkenaan, roti tersebut telah dimakan separuh oleh anaknya sebelum mendapati terdapat kulat pada makanan terbabit.

“Nasib dia cakap sedap lepas tu dia nak makan hotdog (sosej) sahaja, sekali ambil (sedar sudah berkulat) ada perisa tambahan.

“Nasib juga nak buang roti tu kalau tak dah habis ditelannya.. geli kot tengok entah roti berapa minggu dia panaskan. Nasib la staf baik ganti lain bagi baucer.

“Kemudian mereka ambil semua roti hotdog (sosej) dekat atas dulang dan buang,” kata pelanggan itu dalam satu hantaran di Facebook.

Wanita itu turut memberi pesanan agar pekerja makanan perlu prihatin tentang perkara tersebut kerana ia boleh mendatangkan mudarat dari segi kesihatan kepada pelanggan.

Piha ZUS Coffee tampil mohon maaf jelaskan punca sebenar makanan berkulat

Susulan dari hantaran yang tular itu, Zus Coffee telah tampil menerusi Twitter untuk memohon maaf atas insiden tersebut dan menjelaskan punca sebenar perkara itu berlaku.

Ujar Zus Coffee, sebagai jenama yang mendorong kesetiaan dan kepuasan pelanggan pihaknya mengambil aduan yang dilaporkan dengan serius. Oleh itu, pihaknya akan memberikan keterangan yang jelas mengenai insiden berkenaan.

Ambil berat isu kualiti makanan, peti sejuk rosak punca utama makanan rosak

Katanya, mereka mengambil berat mengenai kualiti makanan dan minuman memandangkan ia membabitkan kesan kepada kesihatan pelanggan dan kerana itu mereka mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan makanan dapat dikendalikan secara bersih dan selamat.

“Oleh itu, kami (ZUS Coffee) telah menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendapati puncanya adalah dari kerosakan peti sejuk beku (chiller) makanan yang telah menjejaskan penyelenggaraan suhu di cawangan KL East Mall yang membawa kepada pencemaran dalam insiden itu.

“Kami telah menghubungi pelanggan berkenaan untuk memohon maaf dan menawarkan bayaran balik bagi pesanan itu dan cadangan panel perubatan serta pampasan untuk sebarang rawatan perubatan yang diperlukan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan kami sebaik sahaja pelanggan dapat dihubungi,” katanya.

Pihak ZUS Coffee dalam pada masa sama turut berterima kasih di atas sokong berterusan yang diberikan oleh pelanggan dan berjanji untuk terus berkhidmat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Namun menerusi semakan kami, permohonan maaf itu tidak dikongsikan di Facebook rasmi ZUS Coffee.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

5 hours ago