Gempa Bumi Di Turkiye & Syria Ragut Lebih 3,700 Nyawa, Beberapa Negara Sudah Mula Hantar Bantuan
Negara-negara dari seluruh dunia turut menawarkan bantuan kepada Turki dan Syria dalam misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tragedi gempa bumi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (6 Februari), dunia dikejutkan dengan gempa bumi besar yang melanda tenggara Turkiye dan Syria sehingga meragut ribuan nyawa.
Jumlah kematian direkodkan terus meningkat menjadi 2,300 di Turki manakala 1,444 mangsa terkorban di Syria. Ia menjadikan jumlah korban keseluruhan lebih 3,700, lapor Reuters.
Ia diikuti gempa bumi kedua berukuran 7.5 magnitude beberapa jam kemudiannya.
Gempa bumi 7.8 skala Richter melanda Turki pada pukul 4.17 pagi
Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu menggegarkan Turkiye pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman sekitar 17.9 kilometer (km).
Menurut wartawan AFP di utara Syria, penduduk yang ketakutan berlari dari kediaman mereka selepas gempa bumi itu berlaku di bandar Gaziantep, Turkiye yang berhampiran dengan sempadan Syria.
Setakat malam tadi, gempa bumi itu telah mengorbankan 430 orang dan menyebabkan 1,315 mangsa cedera di bahagian wilayah yang dikawal kerajaan termasuk Aleppo, Hama, Latakia dan Tartus kata Kementerian Kesihatan Syria.
Di bahagian-bahagian barat laut Turkiye pula, seramai 380 mangsa terbunuh dan lebih 1,000, kata kumpulan penyelamat The White Helmets.
Negara di seluruh dunia tawarkan bantuan kepada Turki dan Syria
Sementara itu, negara-negara dari seluruh dunia turut menawarkan bantuan kepada Turki dan Syria dalam misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tragedi terbabit.
Antara yang sedang menghantar bantuan adalah Kesatuan Eropah (EU) yang mengarahkan beberapa pasukan penyelamat ke Turkiye.
Menurut Komisioner Pengurus Krisis EU, Janez Lenarcic menerusi hantaran di laman Twitter miliknya, pasukan-pasuka dari Belanda dan Romania sedang dalam perjalanan ke Turkiye.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula menerusi ciapan di laman twitter rasminya berkata, negara itu sedia memberikan bantuan kecemasan kepada kesemua mangsa di Turkiye dan Syria.
Tidak ketinggalan Presiden Rusia, Vladimir Putin menghantar pesanan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad dan rakan sejawatnya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
“Kami berharap semua mangsa yang cedera segera sembuh. Rusia bersedia untuk menyediakan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi impak daripada bencana alam ini.”
Presiden Rusia, Vladimir Putin
Selain itu, antara negara lain yang menawarkan bantuan termasuk Britain, Ukraine, Sepanyol, Iran, Poland, Republik Czech, dan Switzerland.
Rakaman bangunan runtuh di Turki
Beberapa rakaman yang berlegar di media sosial memaparkan bangunan kediaman dan kedai yang runtuh semasa gempa bumi melanda Turki.