Lelaki Hiking Sambil Dukung Bayi 4 Bulan Dalam Hutan Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Difahamkan, lelaki terbabit bersama isterinya akan bergilir-gilir mengambil tangungjawab untuk mendukung bayi mereka semasa mendaki bukit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mendaki gunung atau bukit merupakan antara aktiviti yang paling diminati oleh segelintir rakyat Malaysia.
Ini kerana negara ini cukup dikenali dengan kekayaan sumber alam semula jadi selain dipenuhi dengan bukit dan gunung-ganang yang tersergam indah.
Bagaimanapun, bagi yang sudah memiliki keluarga terutamanya anak kecil, pasti aktiviti yang agak lasak ini akan sedikit terbatas.
Tular lelaki hiking sambil bawa bayinya
Namun itu bukanlah alasan buat seorang lelaki ini apabila tular dirinya yang sedang melakukan aktiviti ‘hiking’ di sebuah bukit bersama bayinya.
Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @syareelizamali, pemilik video terbabit berasa kagum melihat seorang lelaki sedang mendukung bayi sambil mendaki Bukit Gasing di Selangor.
Difahamkan lelaki terbabit mendaki bukit berkenaan bersama isteri dan bayi perempuannya yang hampir memasuki usia 5 bulan.
“Kalau setakat budak-budak kecil tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bergilir-gilir dukung bayi bersama isteri
Lelaki terbabit juga mengatakan dia bersama isteri akan bergilir-gilir mengambil tangungjawab mendukung bayi mereka semasa mendaki bukit.
“Tabik springlah satu family ni. Mak dia dah lepas ke atas dah, gilir-gilir dukung baby katanya.”
Pada video sama, kelihatan bayi yang memakai baju berwarna putih itu sedang tidur lena di pangkuan ayahnya.
Undang pelbagai reaksi daripada netizen
Video tular berdurasi 1.28 minit itu telah juga telah meraih lebih 270,000 jumlah tontonan dan 8256 tanda suka sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen yang menonton.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata penguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit yang membawa bayinya mendaki bukit bersama.
Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa membawa anak kecil ke dalam hutan bukanlah sesuatu perkara yang bagus kerana golongan ini lebih mudah diganggu oleh makhluk halus.
Namun ada juga segelintir yang menyokong tindakan si bapa tersebut. Tidak kurang yang mencadangkannya untuk menggunakan baby carrier atas faktor keselamatan.