fbpx
Now Reading
Pengguna Twitter Kecewa, Dakwa ADUN PAS Samakan Wanita Dengan Barang Jualan Dalam Isu Berpakaian

Pengguna Twitter Kecewa, Dakwa ADUN PAS Samakan Wanita Dengan Barang Jualan Dalam Isu Berpakaian

Etika berpakaian yang dikeluarkan untuk orang awam ketika berurusan di balai polis dan mana-mana pejabat kerajaan adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim dikecam pengguna Twitter selepas beliau menyamakan wanita dengan barangan.

Dr Azman menerusi satu ciapan di Twitter pada Isnin (6 Februrari) mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang meminta Polis Diraja Malaysia untuk tidak bersikap prejudis dengan kaum wanita dan tidak menilai mereka melalui pemakaian.

EXCO Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar itu dipercayai menggunakan bahasa tersirat dengan menyifatkan barang yang bernilai tinggi pasti akan dibungkus dengan sempurna dan bukan dalam keadaan terdedah.

Tambahnya kaedah pembungkusan sesuatu barangan itu juga memainkan peranan dari aspek pemasaran.

“Barang mahal bernilai tinggi akan dibungkus comel dan kemas. Kaedah pembungkusan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Kalau main jual terdedah tepi jalan, itu barang tiruan harga murah.

“Tak tahulah kalau ada lagi orang yang berpegang dengan kaedah, jangan nilai seseorang dari penampilan pakaian luaran,” kata beliau lagi merujuk kepada kenyataan Young Syefura yang dilaporkan Sinar Harian.

Perkongsian tersebut menimbulkan kemarahan segelintir pengguna Twitter di mana ada yang kecewa kerana beliau seolah-olah menyamakan wanita dengan barangan yang tidak bernyawa.

Malah ada yang menjelaskan wanita yang membuat laporan itu adalah seorang non-Muslim justeru isu aurat tidak menjadi masalah.

Etika berpakaian di pejabat kerajaan dikeluarkan KSN, namun pengecualian jika kecemasan

Namun etika berpakaian yang dikeluarkan untuk orang awam ketika berurusan di balai polis dan mana-mana pejabat kerajaan adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah ketika mengulas mengenai isu tular membabitkan seorang wanita yang berang selepas dihalang daripada memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana memakai seluar pendek di atas paras lutut pada minggu lalu.

Jelas Acryl Sani lagi, orang awam perlu akur dengan kod etika berpakaian ketika mahu membuat aduan atau sebarang urusan lain di balai polis.

Pengecualian bagaimanapun diberikan sekiranya ia membabitkan kes kecemasan serius antara ‘hidup dan mati’.

Malah perkara sama pernah dikongsikan laman Facebook rasmi Polis Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.

Namun etika pemakaian itu tidak hanya mengkhususkan kepada golongan wanita sebaliknya turut melibatkan kaum lelaki.

“Pelawat mestilah berpakaian KEMAS, BERSIH dan SESUAI dengan amalan masyarakat Malaysia. Amalkan BERPAKAIAN SOPAN (Baju kemeja, baju T-berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut) terutama sewaktu berurusan rasmi.”

Tambah kenyataan itu lagi, pelawat dilarang daripada berpakaian tidak sopan dan terlalu mendedahkan tubuh seperti:

  • Berskirt atas paras lutut atau berseluar pendek
  • Berbaju tanpa lengan
  • Berseluar/berskirt ketat
  • Berselipar

Etika berpakaian tersebut turut diamalkan agensi kerajaan yang lain termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Etika berpakaian di JPJ

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.