Ramai Tak Setuju Tindakan Peniaga Makanan Bolot Tempat Parkir Awam, Siap Letak Meja & Kerusi Halang Kereta
Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan deretan meja dan kerusi disusun di bahagian belakang kereta yang sedang parking di kawasan tempat letak kenderaan awam itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu restoran atau gerai makanan yang menggunakan kawasan parkir awam dengan meletakan meja dan kerusi bukanlah sesuatu yang baru lagi, malah ia masih terjadi sehingga kini.
Tidak hanya itu, perbuatan sedemikian juga mendatangkan kesusahan buat orang awam terutamanya yang sedang mencari parking di kawasan tersebut.
Walapun isu ini pernah disuarakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tetapi masih ada segelintir peniaga dan pengusaha kedai makan seakan ‘keras kepala’ dan masih melakukan hal terbabit.
Peniaga makanan letak kerusi dan meja di kawasan parkir awam
Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial yang memaparkan tindakan peniaga sebuah kedai makanan meletakkan kerusi dan meja di kawasan parkir awam di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di laman Twitter @isusemasaviral, kelihatan kereta jenis Perodua Myvi itu berada di bawah kanopi yang dipasang di kawasan tempat letak kenderaan awam berhadapan kedai makan tersebut.
Senjaga menyusun kerusi dan meja di belakang kenderaan yang parkir
Pada gambar sama, kelihatan peniaga makanan itu juga dengan sengaja menyusun kerusi dan meja di bahagian belakang kenderaan itu.
Meskipun motif tersebut tidak diketahui namun ada yang merasakan perbuatan itu sebagai ‘peringatan’ kepada pemilik kenderaan tersebut. Selain itu, sebuah kerusi turut diletakkan di atas bumbung kereta Myvi itu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah gerai makanan yang agak terkenal di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Menerusi semakan kami di Facebook, pemilik kereta tersebut yang mula memuat naik perkongsian berkenaan mendedahkan yang dia bakal menuntut pampasan ganti rugi selain membuat report kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).
Menerusi satu lagi hantaran berbeza, pemilik kereta tersebut turut berkongsi perbualannya bersama pemilik kedai makan berkenaan. Di dalam tangkap layar WhatsApp Tersebut dia turut mendakwa terdapat kesan calar di bahagian rim dan bahagian lain.
Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter menyelar tindakan perniaga terbabit kerana menggunakan tapak parkir awam untuk berniaga juga merupakan satu kesalahan.
Kalau aku owner kereta, aku ambil gambar cukup² keliling tempat kejadian, buat report kat pbt make sure barang2 kena angkut dengan pbt!
— Faqih (@zulfaqihjaini) February 6, 2023
mgkin org jenis cmni bila dh sewa shoplot automatik depan kedai,lot parking, laluan pejalan kaki n sewaktu dgnnya diagkap pakej sewaan😏
— «{Carlor Cat}»» (@AdamAHKamarudim) February 6, 2023
Tak faham lh dgn org mcm ni. Berniaga tpi amek hak org len. Tak tkut ke kalau duit berniaga yg dia dpt tu x berkat.
— fana.rys ⁷ღೃ* (@fanaoooyeya) February 7, 2023
Buta ke dah tau tempat parking sibuk nak letak meja mmg bengong.
— Nrhdyh🎈 (@deemohds) February 6, 2023
Contoh perangai zionis, ambil hak orang. Tak perlu pergi Palestin pun, we have Israel vs Palestine right here at our own backyard
— em_yusoff (@zee_yusoff) February 6, 2023