fbpx
Kanak-kanak hantar surat mohon maaf

Termuntah Dalam Surau, Tindakan Kanak-Kanak Hantar Surat Mohon Maaf Siap Sertakan Duit Ganti Rugi Raih Pujian

Kanak-kanak itu tidak hanya memohon maaf sebaliknya turut memberikan sedikit sumbangan sebanyak RM100 kepada pihak surau yang telah membantu untuk membersihkan muntahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Untuk mendidik seorang anak ia perlulah bermula dari mereka kecil, maka barulah ia membesar seperti yang diajar oleh ibu bapanya.

Malah mereka yang didik dengan baik juga akan sentiasa menyenangkan hati orang di sekeliling mereka atas sikap yang ditunjukkan kepada orang ramai.

Kanak-kanak hantar surat mohon maaf kerana termuntah

Baru-baru ini, tular satu hantaran dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi memaparkan sepucuk surat yang dihantar oleh seseorang kanak-kanak kerana ingin memohon maaf selepas tidak sengaja termuntah hingga mengotorkan Surau Putra Al-Amin di Putrajaya.

Menerusi surat yang dikirimkan itu, kanak-kanak berkenaan menyatakan dia tidak sengaja termuntah di surau itu pada 27 Januari lepas.

Kata kanak-kanak itu lagi, dia pada mulanya mahu membersihkan kotoran tersebut, namun disebabkan perlu segera ke sekolah, dia tidak sempat untuk melakukannya.

“Masa itu saya tidak sihat kerana saya keracunan makanan. Saya berharap pihak surau dapat memaafkan saya,” katanya.

Beri wang sebagai sumbangan kepada pihak surau

Kanak-kanak tersebut turut menyediakan nombor telefon bapanya dan menyatakan mereka turut menyediakan wang bernilai RM100 bagi mengurangkan beban pihak surau yang terpaksa membersihkan muntahnya itu.

Jafri dalam Facebook miliknya turut memuji kanak-kanak berkenaan, dan menyatakan dia yakin si kecil tindakan sopan anak itu pasti hasil dari didikan ibu bapanya.

“Semoga anak ini membesar sebagai anak yang hebat membimbung ummah kepada Allah. Surat ini diletakkan anak ini di Surau Putra Al-Amin (SPAA), Putrajaya.

“Tahniah juga SPAA yang tidak dinafikan menyumbang kepada akhlak masyarakat yang baik hasil dari program-program yang dianjurkan,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan kanak-kanak berkenaan selain turut mendoakannya menjadi anak yang soleh.

“MasyaAllah.. Anak soleh-solehah penyejuk hati ibu ayah. Tahniah buat kedia ibu bapanya”

“Kain putih yang sedang dicorakkan dengan indah… Tahniah kepada ‘pelukis’ nya..”

“Setuju ustaz anak yang soleh dan ibu bapa yang baik, sangat berakhlak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.