fbpx
Now Reading
Doktor Kongsi Cara Ketahui Jenis Penyakit Melalui Warna & Kondisi Kuku

Doktor Kongsi Cara Ketahui Jenis Penyakit Melalui Warna & Kondisi Kuku

Menurut Dr Ahmad Samhan, pelbagai masalah kesihatan boleh diketahui hanya berpandukan warna dan kondisi kuku manusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, masih ramai yang tidak begitu arif mengenai soal kesihatan terutamanya tentang cara untuk mengetahui penyakit yang dialami.

Namun sesetengah simptom seperti sakit badan, sakit perut, pening dan juga demam lebih mudah untuk diketahui dan boleh dirawat dengan cara pergi berjumpa doktor di klinik mahupun hospital.

Bagaimanapun, setiap manusia juga boleh mengetahui jenis penyakit yang dialami termasuk serius dengan hanya melihat warna dan kondisi kuku di jari.

Doktor kongsi cara mengenal pasti jenis penyakit melalui warna dan kondisi kuku

Menerusi perkongsian di laman Twitter seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan, beliau berkongsi mengenai warna atau kondisi kuku dan jenis penyakit yang boleh dikaitkan.

Mari ikuti perkongsia beliau di bawah:

#1 Kuku pucat

Menurut Dr Samhan, masalah kesihatan yang serius boleh mendasari tanda penyakit melalui kuku yang pucat seperti Anemia, kegagalan jantung kongestif, penyakit hati dan malnutrisi.

#2 Kuku putih

Jika kuku berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis.

Selain itu, terdapat juga masalah penyakit kuning (jaundice), yang juga merupakan satu lagi tanda masalah hati.

Foto: Twitter/DoktorSamhan

#3 Kuku kebiruan

Turut dikenali sebagai kuku ‘bluish’ dan ia bermaksud tubuh badan seseorang individu itu tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Ia boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema (Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik, COPD).

Foto: Twitter/DoktorSamhan

#4 Kuku kuning

Kebanyakan orang beranggapan kuku kuning adalah sesuatu yang normal, namun penyebab kuku kuning juga boleh dikaitkan dengan jangkitan kulat.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes yang agak jarang berlaku, kuku kuning menunjukkan keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

Foto: Twitter/DoktorSamhan

#5 Kuku kering atau rapuh

Selain itu, jika kuku seseorang itu cenderung kepada kering dan juga rapuh, ia biasanya berhubung kait dengan penyakit tiroid.

Menurut portal MyHealth, tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid.

Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.

Antara komplikasi yang boleh dihadapi seseorang yang mempunyai masalah penyakit tiroid adalah seperti:

  • Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
  • Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
  • Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
  • Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
Foto: Twitter/DoktorSamhan

#6 Bengkak sekitar kuku

Kuku kelihatan merah dan bengkak, dikenali sebagai kerengsaan kuku. Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain.

Untuk info, penyakit tisu bersambung merujuk kepada sekumpulan gangguan yang melibatkan tisu kaya protin yang menyokong organ dan bahagian badan yang lain.

Gangguan ini sering melibatkan sendi, otot, dan kulit tetapi mereka juga boleh melibatkan organ-organ dan sistem organ lain seperti:

  • Mata
  • Jantung
  • Paru-paru
  • Buah pinggang
  • Saluran gastrointestinal
  • Saluran darah
Foto: Twitter/DoktorSamhan

#4 Kuku ripple

Jika permukaan kuku merasa tidak rata dan seperti ada lekukan kecil, ia mungkin petanda awal psoriasis atau keradangan arthritis.

Untuk info, Psoriatic Arthritis (PsA) adalah penyakit radang sendi yang ada kaitan dengan penyakit kulit psoriasis

#5 Garis gelap di bawah kuku

Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, jangan ambil mudah dan pastikan berjumpa doktor secepat mungkin kerana ia berkemungkinan disebabkan oleh melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya.

Foto: Twitter/DoktorSamhan

#6 Kuku ‘gnawed’ atau yang digigit

Tabiat mengigit kuku sudah menjadi salah satu tabiat segelintir rakyat Malaysia, namun tabiat ini boleh menjadi bahaya dan merupakan simptom kebimbangan yang berterusan sehingga memerlukan rawatan.

Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. 

Sekiranya seseorang itu sukar untuk menghentikan tabiat ini, dia perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor secepatnya!

Foto: Twitter/DoktorSamhan

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi infomasi berguna buat semua agar masalah kesihatan dapat dikenalpasti lebih awal dan tidak menjadi lebih parah lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.