Ini 6 Mitos Kesihatan Yang Masih Ramai Percaya, No 3 Paling Mengejutkan
Antara mitos yang sering dipercayai oleh orang ramai adalah telur punca luka menjadi nanah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan rakyat Malaysia cukup popular dengan pantang larang. Bila bercerita tentang perkara ini antara nasihat yang sering diberikan adalah jangan tidur menggunakan penghawa dingin atau kipas terlalu dekat kerana boleh menyebabkan asma.
Malah kepercayaan itu dipegang sehinggalah dewasa dan diturunkan kepada anak-anak supaya mereka juga menghindari perkara tersebut.
Namun seiring waktu berjalan dan dunia perubatan juga semakin maju, pengamal-pengamal perubatan telah mula berkongsi pengetahuan kepada orang ramai tentang sesuatu penyakit yang secara tidak langsung memaklumkan sama ada kepercayaan itu adalah fakta atau mitos.
Terbaharu, seorang pengamal perubatan iaitu Doktor Samhan telah menyenaraikan beberapa mitos yang sehingga kini masih menjadi kepercayaan orang ramai.
Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda enam mitos yang popular.
#1 Jangan makan nenas
Kepercayaan untuk tidak memakan nenas ini kebiasaannya dipesan kepada golongan wanita kerana ia didakwa tidak baik bagi mereka.
Malah ramai turut melarang wanita hamil dari memakan nenas kononnya ia boleh menyebabkan keguguran.
Kandungan mangan dalam buah nenas dapat membantu mengurangkan gejala PMS dan kaya dengan vitamin C yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap imuniti tubuh.
Namun sebaliknya, khasiat yang terdapat pada buah nenas adalah baik untuk melancarkan haid.
#2 Jika ada luka jangan makan kicap
Jika mempunyai luka dan mahukan ia sembuh dengan baik, orang tua dahulu sering berpesan untuk tidak memakan kicap agar parut luka itu tidak menjadi hitam.
Bukan hanya parut malah turut mitos yang tidak membenarkan ibu mengandung untuk tidak memakan kicap kerana tidak mahu bayi yang dilahirkan berwarna gelap.
Hakikat sebenarnya perkara itu adalah tidak benar tetapi kicap hanyalah mengandungi garam yang tinggi.
#3 Mandi malam boleh sebabkan paru-paru berair
Mitos ini sangat terkenal di kalangan orang tua di zaman dahulu yang tidak membenarkan seseorang itu untuk mandi pada waktu malam.
Tapi tahukah anda, kelebihan jika mandi pada waktu malam sebenarnya dapat membantu seseorang untuk memiliki tidur yang lebih nyenyak.
Menurut portal hello doktor, antara faktor yang boleh menyebabkan paru-paru berair termasuklah:
- Merokok dan minum minuman keras.
- Tekanan darah tinggi.
- Pernah terdedah kepada asbestos
Malah tiada lagu bukti yang mengaitkan mandi malam adalah punca kepada paru-paru berair.
Sebaliknya penyakit seperti kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar paru-paru berair berlaku.
#4 Makan ketam jika kena penyakit denggi
Bagi mereka yang dijangkiti virus denggi pasti ibu-ibu akan membuat sup ketam kerana beranggapan ia mampu membantu menyembuhkan penyakit tersebut.
Malah apabila terdengar sahaja berita tentang rakan atau individu terdekat terkena virus denggi pastu mereka akan meminta untuk membuat sup ketam.
Fakta yang sebenarnya ketam bukanlah rawatan untuk denggi tetapi ia merupakan salah satu makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein.
Namun bahan-bahan dalam ketam berkenaan tidak cukup untuk menggantikan rawatan hospital.
#5 Timun penyebab keputihan
Apabila disebut mengenai keputihan sudah pasti ia berkaitan dengan masalah wanita dan timun dikatakan memberi risiko untuk mempunyai masalah tersebut.
Namun sebenarnya timun adalah sangat baik terutama boleh memberi hidrasi kepada tubuh mereka yang memakannya.
#6 Telur punca luka bernanah
Sesiapa sahaja yang baru menjalani pembedahan akan dipesan orang-orang tua untuk tidak memakan telur kerana bimbang ia akan menyebabkan luka bernanah.
Kebiasaannya perkara ini turut dipesan kepada ibu bapa yang anak mereka baru sahaja menjalani proses berkhatan.
Tetapi apa yang perlu anda tahu telur sebenarnya mempunyai sumber protein yang baik dan sihat.
Malah KKM menegaskan telur tidak menyebabkan luka lambat sembuh atau bernanah.