Istana Gaziantep Berusia Lebih 2000 Tahun Musnah Akibat Gempa Bumi Di Turkiye [Video]
Serpihan runtuhan daripada benteng di bahagian timur, selatan dan tenggara Istana Gaziantep telah bertaburan di atas jalan raya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak kelmarin (6 Februari), seluruh dunia berduka dengan musibah gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria sehingga meragut ribuan nyawa manusia.
Gempak bumi pada 7.8 skala Richter itu juga telah menyebabkan ribuan bangunan di Turkiye runtuh termasuklah peninggalan sejarah iaitu istana pada zaman Rom yang musnah.
Istana Rom yang dikenali sebagai Istana Gaziantep Turki itu berusia lebih 2,200 tahun dan terletak di tengah-tengah bandar Gaziantep, wilayah Anatolia.
Serpihan runtuhan benteng istana bertaburan di jalan raya
Menurut laporan Agensi Anadolu, serpihan runtuhan daripada benteng di bahagian timur, selatan dan tenggara Istana Gaziantep yang bersejarah di daerah Sahinbey telah bertaburan di atas jalan raya.
“Pagar besi di sekeliling istana bertaburan di kaki lima di sekelilingnya. Tembok penahan di sebelah istana juga runtuh. Di beberapa benteng, keretakan besar dapat dilihat,” kata laporan itu.
Pernah menjadi kubu pertahanan pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi oleh Empayar Rom
Menurut info Castles.nl, tapak istana itu dahulunya digunakan sebagai tempat pemerhatian oleh Empayar Hittite pada millennium ke-2 SM (sebelum Masihi) yang kemudiannya digunakan sebagai kubu pertahan pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi oleh Empayar Rom.
Istana Gaziantep juga melalui proses pengubahsuaian untuk dibesarkan ketika di bawah pemerintahan Maharaja Byzantine Justinian I pada abad ke-6 Masihi sebelum ia dijadikan sebagai Muzium Panaromik Pertahanan dah Kepahlawanan pada masa kini.
Masjid Sirvani juga turut musnah
Selain Istana Gaziantep, bangunan bersejarah lain seperti Masjid Sirvani juga mengalami nasib yang sama apabila kubah dan dinding di bahagian timur masjid yang dibina pada abad ke-17 itu runtuh.
Gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud menggegarkan Turkiye
Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu menggegarkan Turkiye pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman sekitar 17.9 kilometer (km).
Ia diikuti gempa bumi kedua berukuran 7.5 magnitud beberapa jam kemudiannya.
Selain Turkiye, bencana gempa bumi ini juga melanda Syria yang meragut ribuan nyawa manusia akibat runtuhan bangunan.
Setakat kemas kini terbaru, tragedi gempa bumi dahsyat yang melanda sejak Isnin lalu itu telah meragut 5,894 nyawa di Turkiye dan 1,932 mangsa korban di Syria menjadikan jumlah keseluruh lebih 7,800 orang terbunuh, lapor The Guardian.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: