Lelaki Cari Anak Kucing Untuk Diberi Makan Pada Ular Peliharaan Buat Ramai Bengang
Lelaki itu juga dilihat mencari anak kucing menerusi laman Twitter dengan alasan untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan untuk menemani ularnya yang kesunyian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kucing merupakan salah satu haiwan yang paling banyak dipelihara di seluruh dunia. Wajah yang comel serta telatahnya yang mencuit hati sudah cukup untuk memikat hati para peminat ‘si bulus’ ini untuk membelanya.
Selain itu, kucing juga antara haiwan yang senang untuk diperolehi untuk dijadikan haiwan peliharaan. Di Malaysia, kucing cukup dilindungi sehingga ada sesetengah pihak sanggup mengambil kucing terbiar di jalanan untuk dibela dan diberi perlindungan secukupnya.
Sanggup bagi makan anak kucing pada ular peliharaan
Bagaimanapun, siapa menyangka bahawa masih ada individu di Malaysia yang tidak berhati perut sanggup menjadikan anak kucing sebagai makanan untuk ular peliharaannya
Menerusi perkongsian tangkap layar di laman Twitter akaun @vvnloll, dia tidak menyangka bahawa perkara sebegini boleh terjadi di Malaysia dan meminta orang ramai untuk berhati-hati.
“Korang, ada seorang lelaki berusia lingkungan 20-an mencari anak kucing untuk diberi makan pada ular peliharaannya. Hati-hati! Benda ni terjadi di Malaysia.”
Pengguna Twitter, vvnloll
Menerusi gambar tangkap layar itu, lelaki terbabit membalas ciapan seorang wanita yang ingin menyertai community pencinta reptilia bagi tujuan bersembang dan bersantai sambil berkongsi tentang minat mereka itu.
Lelaki bagi tips cari kucing atau arnab percuma sebagai makanan ular
Bagaimanapun, lelaki terbabit membalas ciapan itu dengan memberi tips kepada wanita tersebut agar mengambil kucing atau arnab secara percuma untuk diberi makan pada ular peliharaan.
“Saya dan kawan sentiasa pergi mendapatkan anak kucing percuma (atau arnab) untuk diberikan kepada ular kami,” tulis lelaki itu tanpa rasa bersalah.
Cari anak kucing dengan alasan untuk pelihara tapi sebaliknya dijadikan makanan
Lelaki itu juga dilihat mencari anak kucing menerusi laman Twitter dengan alasan untuk mengambilnya sebagai haiwan peliharaan menemai haiwannya yang kesunyian.
Lebih mengejutkan, menerusi satu lagi ciapan di laman Twitter lelaki terbabit, dia mendakwa sudah menjumpai anak kucing yang dimahukannya.
Namun kenyataan itu dalam masa dilihat merujuk kepada satu tweet lama yang mana dia mahu menyajikan reptilia itu dengan makanan selain tikus.
“Cian Helga asyik makan tikus je kan. Nanti abah bagi makan sedap-sedap ye lepas dapat dua ketul tu,” tulisnya pada ciapan terdahulu.
Netizen kecam lelaki terbabit, mohon pihak berkuasa ambil tindakan
Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter mengecam tindakan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai tiada hati perut kerana menjadikan anak kucing sebagai makanan kepada ular.
Pada masa sama, mereka juga inginkan lelaki terbabit ditangkap serta menerima hukuman daripada pihak berkuasa kerana menzalimi binatang seperti kucing.
Tak guna 😭😭😭 orang bg sebab percaya teman si helga rupanya temankan dalam perut helga .. sampai hatinya dia dengar anak kucing/rabbit menangis kne mkn kne belit ? Ishhh
— Oli Sykes Stark Targaryen (@nadiyahsusinoo) February 7, 2023
Lodge a police reporthttps://t.co/0cePeIey0I
— Jam Lim 🇸🇬🇲🇾 (@TechieKitteh) February 7, 2023
baru ingat nak buka adoption anak kucing takut ya kalau jatuh ke tangan musibat cmni, jangan lah guna alasan natural selection ke fitrah makan..ko bela natang tu bagi makanan orang tak bela orang tak makan contoh tikus. Culik ular dia bagi orang makan kang tahu sedih. 😒
— je m’appelle bill (@billwords) February 7, 2023
https://t.co/S7wYBfoy01 . Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM50,000/= atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali. KASI REPORT
— Hanis (@hrashidah3) February 7, 2023
Sementara itu, wanita yang fotonya tular mahu mencari grup komuniti pencinta reptilia itu turut tampil menafikan dia terlibat dengan perkara tersebut. Sebaliknya dia menjelaskan niatnya hanyalah untuk berjumpa kawan-kawan yang meminati reptilia sahaja.
Jelas wanita itu lagi, kebanyakan individu yang memelihara ular di Malaysia hanya memberi makan haiwan peliharaan mereka dengan tikus sahaja.
Saya perempuan dalam tweet tu. Niat asal nak jumpa kawan2 baru yang suka reptilia, bukan nak jumpa psychopath tapi apakan daya. Every snake owners that I know either buy from feeders or breed rats themselves. He is a fucked up human being.
— 💀(بلقيس)💀 (@nolongerskek) February 7, 2023