Penyelidik Dari Belanda Rupanya Sudah Ramal Gempa Bumi Di Turkiye 3 Hari Sebelum
Hoogerbeets yang merupakan kakitangan Solar System Geometry Survey (SSGEOS) meramalkan akan berlakunya gempa bunyi dengan magnitud sekitar 7.5 di wilayah Selatan-Tengah Turkiye, Jordan, Syria dan Lubnan pada Februari 2023.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin (6 Februari) yang lalu sememangnya mengejutkan satu dunia.
Bencana yang berlaku pada jam 4 pagi Isnin di saat majoriti penduduk di kedua-dua negara itu sedang lena tidur menyebabkan lebih 8,000 nyawa terkorban dan belasan ribu tercedera selain ada mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan bangunan.
Namun siapa sangka, tragedi tersebut sebenarnya telah diramal oleh seorang penyelidik dari Belanda, Frank Hoogerbeets pada 3 Februari atau lebih tepatnya, tiga hari sebelum kejadian.
Hoogerbeets yang merupakan kakitangan Solar System Geometry Survey (SSGEOS) iaitu institut penyelidikan yang memantau geometri jasad angkasa berhubung aktiviti seismik telah memberi amaran bahawa akan berlakunya gempa bumi dengan magnitud sekitar 7.5 di wilayah Selatan-Tengah Turkiye, Jordan, Syria dan Lubnan pada Februari 2023.
“Lambat laun akan berlaku gempa bunyi bermagnitud 7.5 di wilayah ini,” ciapnya di Twitter.
Namun ciapan tersebut dipersoalkan beberapa individu malah ada yang mempertikaikan ramalannya pada waktu itu.
Beri amaran mungkin berlaku gegaran besar baharu selepas gempa bumi pertama
Bukan itu sahaja, peyelidik itu turut melakukan retweets pada satu ciapan yang dilakukan SSGEOS yang meramalkan akan berlaku satu gegaran besar baharu pada 6 Februari.
Kira-kira tiga jam kemudiannya, gempa bumi kedua berukuran 7.6 skala Richter pula melanda Turkiye.
“Hati saya bersama mereka yang terjejas oleh gempa bumi besar di Turki Tengah.
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, lambat laun ini akan berlaku di rantau ini, sama seperti tahun 115 dan 526. Gempa bumi ini sentiasa didahului oleh geometri planet yang kritikal, seperti yang kita alami pada 4 dan 5 Februari,” katanya dengan nada kecewa apabila telahannya menjadi kenyataan.
Dakwa bakal berlaku satu lagi gempa bumi di India, Pakistan dan Afghanistan
Hoogerbeets menerusi satu lagi video turut mendakwa akan berlaku satu lagi gempa bumi di tiga negara iaitu India, Pakistan dan Afghanistan.
Di dalam video tersebut, dia menjelaskan akan berlakunya aktiviti seismik yang dijangka bermula di Afghanistan sebelum merebak ke India dan Pakistan dan berakhir di Lautan Hindi.
Namun sejauh mana dakwaan dan teori yang digunakannya, ada beberapa pakar yang tetap tidak bersetuju.
Malah United States Geological Survey (USGS), badan yang memantau geogologi Amerika Syarikat menegaskan tiada mana-mana saintis mahupun pihak mereka pernah berjaya meramalkan akan berlakunya gempa bumi.
“Kami tidak tahu bagaimana, dan kami tidak menjangka untuk mengetahui bagaimana pada bila-bila masa pada masa hadapan.
“Para saintis USGS hanya boleh mengira kebarangkalian bahawa gempa bumi yang ketara akan berlaku (ditunjukkan pada pemetaan bahaya kami) di kawasan tertentu dalam beberapa tahun tertentu.”