Buat Kejutan Hari Jadi, Ibu Terharu Satu Asrama Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’ [Video]

Setiap yang bergelar anak sudah tentu ingin mencurahkan bakti dan membuatkan ibu bapa gembira.

Ini kerana, ia adalah salah satu cara untuk menzahirkan rasa terima kasih selain menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapanya.

Oleh itu, pelbagai cara akan ditunjukkan kepada ibu bapa antaranya adalah mengadakan kejutan buat ibu bapa yang disayangi.

Anak buat kejutan hari jadi buat ibu terharu

Perkara ini, samalah seperti apa yang berlaku kepada wanita ini apabila beliau berasa terharu dengan kejutan hari jadi yang diberikan oleh anak lelakinya.

Menerusi video dikongsikan oleh Mirrah di TikTok, wanita berkenaan dipercayai telah berkunjung ke sekolah asrama King George V, Seremban untuk melawat anak lelakinya itu.

Sekumpulan pelajar nyanyi lagu ‘Happy Birthday’

Namun sampai sahaja di pintu pagar asrama, sekumpulan pelajar dari asrama sekolah berkenaan telah menyanyikan lagu selamat hari jadi dengan kuat yang dituju khas kepada wanita berkenaan.

Tidak lama kemudian, si anak turut memberikan sejambak bunga sebagai hadiah kepada wanita yang sudah banyak berkorban untuknya itu.

Ucap terima kasih kepada anak

@mirrah82

Bertuah tul anak ibu ni…ibu blushing🤭😊😊😊tq abg surprisekan ibu…you make my day love you#mybirthdaytoday

♬ original sound – MirRah😘 – MirRah😘

Di ruangan kapsyen si ibu turut menyatakan terima kasih kepada anaknya kerana telah membuatkan hari istimewanya lebih bermakna.

“Bertuah betul anak ibu ni… ibu blushing. Terima kasih abang surprise kan ibu.. awak buat hari ibu lebih indah. Sayang awak,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terharu dengan kejutan yang diberikan oleh si anak dan menyatakan tindakannya itu sangat romantik.

“Sebak tengok anak hargai ibunya, semoga anak berjaya dunia akhirat”

“Dengan ibu bukan main romantik…”

“Eh kita pula yang menangis awak..”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

8 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

9 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

9 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

11 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

12 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

13 hours ago